Amerika Syarikat tempatkan kapal selam nuklear di Korea Selatan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengalu-alukan ketibaan rakan sejawatnya, Yoon Suk-yeol di White House dan mengumumkan bahawa kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) akan berlabuh di Korea Selatan buat pertama kali dalam tempoh lebih 40 tahun.
Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, Biden dan Wanita Pertama AS, Jill Biden menyambut Suk-yeol dan isterinya, Kim Keon-hee dalam satu acara kelmarin.
Berucap di Rose Garden, Biden berikrar mengukuhkan perjanjian pertahanan dengan Korea Selatan untuk menghadapi ancaman Korea Utara.
“Perjanjian pertahanan ini amat penting dalam menghadapi peningkatan ancaman dan pencabulan sekatan secara terang-terangan oleh Korea Utara.
“Bagaimanapun, pada masa yang sama, kami juga akan terus mencari peluang untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Pyongyang,” kata Biden.
Sementara itu, Suk-yeol berkata, pengumuman Biden itu mengesahkan komitmen Seoul berkaitan langkah pencegahan perang.
“Rundingan segera antara dua Presiden (AS dan Korea Utara) akan diadakan sekiranya Korea Utara melancarkan serangan nuklear. Ini janji tindak balas pantas, hebat dan tegas dengan memanfaatkan pakatan termasuk senjata nuklear AS,” ujarnya.
Penasihat keselamatan White House, Jake Sullivan sebelum pertemuan itu berkata, lawatan Suk-yeol berlangsung pada waktu kritikal ketika Pyongyang berterusan membangunkan keupayaan nuklear dan peluru berpandunya.
Kata Sullivan, Washington dan Seoul akan menubuhkan kumpulan perunding nuklear yang akan berkongsi maklumat berkenaan ancaman Pyongyang.
Sejak Suk-yeol mengambil alih pentadbiran Blue House pada Mei lalu, Seoul dan Washington telah mengukuhkan ikatan pertahanan dan meningkatkan latihan tentera bersama di Semenanjung Korea.
Bagaimanapun, persoalan yang timbul adalah sama ada janji AS untuk melindungi Korea Selatan boleh dipercayai dengan banyak pihak mendesak agar Seoul membangunkan senjata nuklearnya sendiri. – Agensi
The post Amerika Syarikat tempatkan kapal selam nuklear di Korea Selatan appeared first on Kosmo Digital.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan