Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Warga Emas 90 Tahun Tetap Sado

Warga Emas 90 Tahun Tetap Sado

Datuk yang pernah mencipta rekod sebagai ahli bina badan tertua di dunia pada 2015, terus aktif walaupun usianya hampir mencecah seabad.

Portal Rekod Dunia Guiness (GWR) melaporkan, Jim Arrington, 90, masih kuat dan memenangi pelbagai pertandingan bina badan.

Baru-baru ini, Jim bertanding dalam acara Liga Profesional IFBB di Reno, Nevada, Amerika Syarikat (AS) dan menduduki tempat ketiga untuk kategori lelaki berusia lebih 70 tahun dan pertama dalam kategori lebih 80 tahun.

Jim yang dilahirkan pramatang dengan berat 2.5 kilogram (kg) berkata, ibu bapanya berjuang untuk menyelamatkannya ketika dia dilahirkan.

Selain asma, dia kerap jatuh sakit ketika kecil.

Bagaimanapun, pada 1947 iaitu ketika berusia 15 tahun, Jim memutuskan bahawa dia tidak boleh berterusan begitu dan mula terbabit dalam angkat berat.

“Saya mahu menjadi seorang wira,” kata Jim.

Lebih tujuh dekad kemudian, angkat berat masih menjadi minat terbesar Jim.

Jim berkunjung ke pusat gimnasium, tiga kali seminggu, dengan setiap sesi berlangsung dua jam.

“Saya melihat Jim hampir setiap hari. Dia melakukan lebih daripada 60 peratus daripada pelanggan saya atau sesiapa sahaja yang datang ke pusat gimnasium ini,” kata salah seorang jurulatih di pusat gimnasium berkenaan.

Rahsia Jim panjang umur adalah kerana keupayaannya untuk menyesuaikan diri.

“Apa yang berkesan untuk seseorang pada satu-satu masa dalam hidup mereka tidak sama pada masa lain,” katanya.

Bagi mengekalkan kecergasannya, Jim tidak hanya menyesuaikan latihan dengan usianya, malah turut menitikberatkan aspek pemakanan.-hmetro

The post Warga Emas 90 Tahun Tetap Sado appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!