Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Giliran jerung pula ‘panas buntut’ disiasat SPRM

TAHUN 2023 menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak agresif menyiasat kes-kes berprofil tinggi.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seorang bekas Menteri Kewangan sedang disiasat suruhanjaya itu berhubung simpanan harta berbilion ringgit di luar negara. Antara kes besar lain yang mendapat perhatian adalah berhubung pembekuan akaun sebuah parti politik atas dakwaan menerima ratusan juta ringgit dipercayai dana politik.

Siasatan kes melibatkan jerung bukan sesuatu yang luar biasa kerana ada jerung yang lebih besar pernah disiasat SPRM.

Sebelum ini, siasatan SPRM dilihat terarah kepada kes penyelewengan peruntukan dana dan perolehan kerajaan yang dilihat dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara.

Ia termasuk insentif Penjana Kerjaya yang diambil kesempatan oleh pihak majikan atau pemilik syarikat untuk menipu dan membuat tuntutan palsu.

Jumlah tersebut bukan sedikit, malah ada yang membuat tuntutan palsu melebihi RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti yang dilaporkan media kelmarin.

Inisiatif itu diberikan kerajaan untuk membantu merangsang ekonomi negara melalui pengambilan pekerja dan program berbentuk latihan.

Jumlah peruntukan yang disalurkan juga banyak iaitu RM3.5 bilion, namun apabila ada majikan yang ‘rakus’ tamak haloba mereka mengambil kesempatan terhadap insentif yang ditawarkan dengan menipu dan membuat tuntutan palsu.

Tindakan SPRM tersebut adalah senada dengan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memerangi rasuah lebih-lebih lagi yang berskala besar sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November tahun lalu.

Perkara itu sentiasa ditekankan Anwar dalam kebanyakan ucapan beliau. Langkah tersebut tidak lain tidak bukan adalah untuk menyelamatkan wang rakyat.

Kata Anwar, kes-kes kecil dengan penangkapan ‘ikan bilis’ tidak akan membantu kerana rasuah sudah menjadi menjadi wabak.

Kalau dahulu terlalu banyak masa dan tenaga tertumpu untuk menangkap ikan-ikan bilis, kini jerung juga tidak akan terlepas.

Malah, sejarah pernah membuktikan kedudukan ‘jerung’ juga tidak selama-lamanya selamat. Masanya akan tiba, sama ada cepat atau lambat. Pelanduk mungkin lupa jerat, tetapi jerat tidak pernah lupa pelanduk. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam jenayah kolar putih tidak akan terlepas.

Namun, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas pemimpin sebelum ini nampaknya belum membuka mata masyarakat untuk menilai kesan dan akibat daripada amalan rasuah.

Hukuman penjara itu seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada pemimpin lain. Sepatutnya isu pemimpin disiasat tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun ramai yang terlupa bahawa orang tamak selalu rugi.

The post Giliran jerung pula ‘panas buntut’ disiasat SPRM appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!