Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Menangis ketakutan lihat rumah dibadai ombak besar

KEMAMAN – Hakisan pantai yang melanda Kampung Geliga Baru di sini terus merun­cing dengan dua lagi rumah penduduk musnah disebabkan fenomena air pasang besar dan angin kencang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu meruntuhkan bahagian dapur dua buah rumah berkenaan selain pagar Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas.

Seorang mangsa, Normah Mahmud, 63, berkata, dia hanya mampu menangis sambil memeluk erat tubuh anak lelakinya, Wan Azlam Ramli, 40, apabila menyaksikan dinding dapur rumahnya tiba-tiba runtuh dirempuh ombak.

“Saya ketakutan melihat hampir keseluruhan perabot dan ­peralatan dapur dihanyutkan arus ombak.

“Sewaktu memeluk anak (Wan Azlam), saya berdoa agar kami terselamat dan tidak dibawa ombak bersama,” katanya ketika ditemui di Kampung Geliga Baru di sini semalam.

Ibu tunggal kepada lima anak tersebut berkata, dia sayu me­ngenangkan rumah peninggalan arwah suaminya, Ramli Wan Abdullah itu musnah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Geliga Baru, Wan Ahmad Darus Wan Musa berkata, sebanyak 20 buah rumah penduduk musnah dibadai ombak setiap kali musim tengkujuh sejak 10 tahun lalu.

“Semakin lama hakisan pantai semakin kritikal menyebabkan kami tidak boleh tidur lena setiap kali musim tengkujuh,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa disarankan membina benteng pemecah ombak atau memindahkan semua penduduk ke penempatan baharu.

The post Menangis ketakutan lihat rumah dibadai ombak besar appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!