Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Penyakit Yang Mudah Menyerang Kalau Anda Obesiti, Jaga-Jaga

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan tangga pertama dalam masalah obesiti? Ini bermakna masalah berat berlebihan dan kegemukan semakin meningkat tanpa mengira usia.

Jika anda tidak menjaga pemakanan dan membiarkan sahaja berat badan berlebihan, ia akan menyebabkan penyakit kronik menyerang sehingga menyebabkan kematian.

Baca juga: Bukan Setakat Cegah Kanser, Buah Naga Rupanya Boleh Kurangkan Kencing Manis

PENYAKIT KRONIK AKAN MENYERANG JIKA ANDA OBESITI, JAGA-JAGA

PENYAKIT KRONIK

Ini penyakit yang mudah menyerang jika anda obesiti:

1. DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi, adalah keadaan di mana darah mengalir melalui saluran darah dengan tekanan yang kuat berbanding biasa.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah, meningkatkan risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan kematian.

2. DIABETES JENIS 2

Diabetes jenis 2 adalah penyakit yang berlaku apabila glukosa darah terlalu tinggi. Kira-kira 8 daripada 10 orang yang menghidap diabetes jenis 2 mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Lama kelamaan, glukosa darah yang tinggi membawa kepada masalah seperti penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, masalah mata, kerosakan saraf dan masalah kesihatan yang lain.

PENYAKIT KRONIK

3. KEMURUNGAN

Obesiti dan kemurungan berkait rapat. Kajian mendapati bahawa orang yang obes lebih berkemungkinan mengalami kemurungan berbanding orang yang mempunyai berat badan yang sihat.

4. MASALAH PERNAFASAN

Ini adalah gangguan biasa di mana anda tidak dapat bernafas secara normal semasa tidur. Nafas mungkin berhenti bernafas dalam jangka masa yang singkat.

5. SAKIT SENDI TULANG

Obesiti meningkatkan tekanan pada sendi yang menanggung berat badan menyebabkan keradangan dalam badan. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan komplikasi seperti osteoarthritis.

6. SAKIT JANTUNG & STROK

Obesiti menyebabkan anda berkemungkinan mempunyai tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tidak normal. Masalah ini secara tidak langsung ada penyakit jantung dan strok.

PENYAKIT KRONIK

7. KANSER

Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser rahim, serviks, endometrium, ovari, payudara, kolon, rektum, esofagus, hati, pundi hempedu, pankreas, buah pinggang dan prostat.

8. SAKIT JANTUNG

Tekanan darah tinggi, paras lemak darah yang tidak normal dan paras glukosa darah tinggi boleh meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. Kehilangan 5 hingga 10 peratus berat badan boleh mengurangkan faktor risiko untuk mengalami sakit jantung.

9. PENYAKIT BUAH PINGGANG

Penyakit buah pinggang menyebabkan buah pinggang rosak dan tidak dapat menapis darah seperti yang sepatutnya. Obesiti  bukan sahaja meningkatkan risiko diabetes malah ia juga menyebabkan sakit buah pinggang.

Walaupun tidak menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi, obesiti boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah buah pinggang.

10. MASALAH KEHAMILAN

Berat badan berlebihan dan obesiti meningkatkan risiko masalah kesihatan yang mungkin berlaku semasa kehamilan. Wanita hamil yang obes mungkin mempunyai peluang lebih besar.

Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kesihatan dan pemakanan. Anda mampu mengubahnya!

Sumber: Harvard, Mayo Clinic, MY Health & NIH

The post Penyakit Yang Mudah Menyerang Kalau Anda Obesiti, Jaga-Jaga first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!