Langkau ke kandungan utama

Ikan Kembung Rebus Air Asam, Siraman Kuahnya Rasa Macam Makan Di Kampung

Imej
https://ift.tt/WMX7xcR Cerita pasal lauk kampung, ramai takkan tolak untuk makan Ikan Kembung Rebus Air Asam . Kuahnya masam-masam pedas, terangkat apabila digandingkan dengan nasi panas. Jika tiada idea untuk masak tapi teringin makan lauk kampung, kami cadangkan anda cuba Ikan Kembung Rebus Air Asam ini. Sekali hirup kuah, memang tak sedar nasi bertambah. Resipi yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari di Facebook ini memang menarik perhatian ramai. Picit saja air asam, hidangan terus jadi menyelerakan. Jom kita cuba! Baca juga: Petua Masak Gulai Ikan Supaya Isi Kekal Elok, Tak Hancur Walaupun Kuah Lama Mendidih! RESIPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM Bahan-bahan: 5 ekor ikan kembung 2 ulas bawang merah besar (diricih) 6 biji cili padi (diricih) 1 biji cili merah besar (dipotong) 2 cm belacan (dibakar & ditenyeh) 1 biji tomato (dipotong dadu) 3 sudu besar pes asam jawa 2 biji limau kasturi 1 sudu besar kerisik Garam dan gula secukup rasa Cara-cara memasak: ...

Apam Solo Sukatan Cawan Dengan 3 Langkah Mudah, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

https://ift.tt/pcoSRnq

apam solo sukatan cawan

Dalam banyak-banyak resipi apam, ramai yang suka buat Apam Solo sukatan cawan di rumah. Bukan saja caranya mudah, malah bahannya juga tak berapa banyak digunakan.

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama kuih tradisional ini. Sebenarnya, Apam Solo lebih kurang sama seperti apam biasa cuma di dalamnya ada inti.

Sesetengah orang suka makan Apam Solo ini sebagai hidangan sarapan, tapi tak kurang juga ada yang menikmatinya pada waktu petang. Jika ada teh O sekali, lebih bertambah nikmatnya.

Ernie Yaui EY telah kongsikan di Facebook tentang resipi Apam Solo sukatan cawan yang dipelajarinya dari YouTube. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Pisang Sukatan Cawan, Pakai Blender Saja Tapi Gebunya Luar Biasa

RESIPI APAM SOLO SUKATAN CAWAN

apam solo sukatan cawan

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • ½ cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis atau inti sudah manis)
  • 1 sudu makan yis
  • 1½ cawan air biasa atau air pandan
  • ¼ cawan minyak masak
  • Inti (ikut suka)
  • Pewarna (ikut suka)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, tepung beras, garam, gula, yis, air biasa atau air pandan, minyak masak, inti dan pewarna.

2. Selepas itu, perap bahan adunan selama 1 jam.

3. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. Siap untuk dinikmati!

apam solo sukatan cawan

Bagi menjadikan Apam Solo kelihatan lebih menarik, anda boleh gunakan pelbagai bentuk acuan kreatif dan pasti ramai terpegun melihat hasilnya yang cantik serta gebu dimakan.

Paling mengagumkan, ramai peniaga kuih yang telah jadikan Apam Solo sebagai salah satu bahan jualan kerana kosnya tak begitu banyak.

Antara inti yang boleh digunakan dalam resipi Apam Solo sukatan cawan ini ialah kelapa manis dan kacang merah. Senang cerita, ia boleh dibuat mengikut citarasa tersendiri.

Resipi ini sesuai untuk orang yang baru belajar buat kuih di rumah. Setelah siap, pasti anda makan sampai tak ingat orang belakang.

Selamat mencuba!

Sumber: Ernie Yaui EY

Baca juga: Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

The post Apam Solo Sukatan Cawan Dengan 3 Langkah Mudah, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan