Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

3 beradik lemas mandi di Pantai Cahaya, Port Dickson

PORT DICKSON – Tiga beradik perempuan meninggal dunia apabila lemas selepas mandi di pantai bersama keluarga dalam kejadian di Pantai Cahaya, di sini petang tadi.

Kesemua mangsa yang ditemukan lemas dikenali sebagai R. Dawige, 29, R. Kalaivani, 30, dan R. Sathiyadevi, 19, masing-masing beralamat dari Banting, Selangor.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Telook Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 5.57 petang tadi.

“Kejadian melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, empat daripadanya merupakan adik-beradik dipercayai bermandi-manda di Pantai Cahaya, Port Dickson.

“Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai adalah J. Sathiawaran, 29, dari Perak dan R. Veeran, 26, dari Banting, Selangor.

“Kami mengambil masa satu jam untuk menyelamatkan mangsa lemas yang jaraknya 50 meter dari pesisiran pantai. Tugas pencarian mudah susulan mangsa kelihatan di permukaan pantai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis.

“Mangsa yang selamat pula diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

The post 3 beradik lemas mandi di Pantai Cahaya, Port Dickson appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!