Udang Kam Heong Versi Pedas Manja, Wanginya Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Imej
https://ift.tt/0yCqe5p Jika anda tercari-cari menu udang yang lain daripada biasa, apa kata cuba Udang Kam Heong ? Resipi ini cukup terkenal di restoran makanan laut dan masakan Cina Malaysia. Gabungan aroma daun kari, serbuk kari dan sos-sos istimewa menjadikan hidangan ini wangi semerbak, pedas manis dan sangat sesuai dimakan panas-panas dengan nasi putih. Dalam video oleh a pinch of salt by sara di YouTube, resipi Udang Kam Heong ini ditunjukkan dengan cara mudah diikuti dan hasilnya sangat menyelerakan. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang! RESIPI UDANG KAM HEONG Bahan-bahan: Udang segar Udang kering Bawang putih Bawang besar Cili padi Daun kari Serbuk kari Sos tiram Kicap manis Gula dan garam Cara-cara memasak: 1. Gaul udang dengan serbuk kunyit, serbuk lada putih, lada hitam , garam dan 1 sudu besar tepung jagung, kemudian perap lebih kurang 15 hingga 20 minit. 2. Sementara itu, cuc...

Cara Buat Sekaya Telur Klasik Yang Mudah, Setiap Gigitan Terasa Nikmatnya

https://ift.tt/xJCFZwa

cara buat sekaya telur

Walaupun pelbagai kuih moden yang ada, namun kuih klasik tetap menjadi kesukaan ramai. Sempena Ramadan, kami kongsikan cara buat Sekaya Telur ini untuk anda cuba di rumah.

Sekaya Telur ialah kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Terengganu. Selain tepung pelita, kuih ini juga mudah didapati pada bulan puasa.

Buat anda yang teringin makan dan buat sendiri di rumah, bolehlah cuba cara buat Sekaya Telur yang dikongsikan oleh Syafiqa Aleeya di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok

CARA BUAT SEKAYA TELUR

cara buat sekaya telur

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan nisang atau gula melaka bersama air dan daun pandan.

2. Selepas itu, biarkan ia sejuk seketika.

3. Sementara itu, boleh pukul telur dengan perlahan sampai sebati.

4. Seterusnya, masukkan air nisang atau gula melaka yang telah dicairkan tadi bersama garam dan santan.

5. Kemudian, masukkan esen vanilla dan kacau sampai sebati.

6. Setelah itu, tapis adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang dalam 25 hingga 30 minit.

7. Akhir sekali, cucuk dengan lidi. Jika tak melekat, tandanya kuih sudah pun masak. Siap untuk dinikmati!

cara buat sekaya telur

Cara buat Sekaya Telur cukup mudah dan bahan yang diperlukan juga tak berapa banyak. Setelah buat resipi ini, anda akan dapat hasil yang cukup rasa lemak dan manisnya.

Sekaya Telur merupakan antara kuih klasik yang mudah dibuat di rumah. Senang cerita, orang yang tak tahu buat kuih pun boleh dapat hasil menjadi dengan resipi ini.

Kuih Sekaya Telur sangat sedap dimakan sejuk-sejuk, jadi kami cadangkan anda simpan dalam peti ais selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Syafiqa Aleeya

Baca juga: Kuih Sekaya Telur Berongga, Rasa Lemak Manis Gula Melaka Yang Cukup Padu!

The post Cara Buat Sekaya Telur Klasik Yang Mudah, Setiap Gigitan Terasa Nikmatnya appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan