Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sardin Sambal Mudah Dan Cepat Siap, Satu Suap Je Terus Naik Selera!

https://ift.tt/MUCb2id

sardin sambal

Pelbagai resipi mudah yang digunakan untuk menyediakan hidangan ringkas tapi lazat di rumah dan salah satunya ialah Sardin Sambal.

Ramai yang memilih untuk memasak hidangan sardin ketika terburu-buru atau nak cepat siap kerana cara buatnya memang senang dengan menggunakan sardin dalam tin saja.

Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!

Tambahan pula, sardin dalam tin adalah pilihan tepat untuk dibawa ketika pergi bercuti dan berkhemah. Hal ini disebabkan saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Buat anda baru saja belajar masak, boleh mulakan dengan buat Sardin Sambal dahulu. Lagipun, jalan kerjanya tak terlalu banyak dan sukar dibuat.

Anda boleh mengikut resipi yang dikongsikan oleh Jojo Zahreena di Facebook ini dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!

RESIPI SARDIN SAMBAL

sardin sambal

Bahan-bahan:

  • 3 tin sardin
  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang merah (hiris)
  • Cili merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Cili padi (kisar)
  • Garam atau kicap atau Ajinomoto

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak masak dan goreng ikan sardin sehingga garing. Kemudian, ketepikan terlebih dahulu.

sardin sambal

2. Selepas itu, tumis bahan yang dikisar sehingga garing.

3. Seterusnya, masukkan kuah tomato sardin dan bawang hiris. Masukkan kicap, garam, asam keping dan Ajinomoto secukup rasa.

4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang digoreng tadi dan masak sekejap. Siap untuk dihidang!

Anda akan terkejut setelah membuat resipi Sardin Sambal ini kerana hasilnya memang sedap sampaikan boleh bertambah selera apabila makan bersama nasi panas.

Selain dimakan bersama nasi putih, hidangan ini juga sedap dinikmati bersama roti canai, lempeng, roti jala dan banyak lagi.

Bagi menambahkan lebih kreatif dalam masakan, anda boleh gunakan hidangan ini sebagai inti untuk karipap, pau, popia dan sebagainya.

Kesimpulannya, ia sesuai dijadikan sebagai sampingan untuk melengkapkan sesuatu hidangan supaya menjadi lebih sempurna dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Jojo Zahreena

Baca juga: Cara Masak Sardin Sambal Petai Yang Simple, Campak-Campak Dengan 3 Langkah Saja

The post Sardin Sambal Mudah Dan Cepat Siap, Satu Suap Je Terus Naik Selera! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!