Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

Imej
https://ift.tt/1sjtp6W Kuih Talam Gula Merah merupakan antara kuih klasik yang sangat nostalgia. Jika teringin makan, anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi lengkap langkah demi langkah ini. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawahnya yang manis dan beraroma gula merah, manakala bahagian atasnya lemak masin daripada santan pekat. Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan resipi kuih Talam Gula Merah di Facebook yang bukan saja sedap, malah boleh dapat sampai 50 biji dengan acuan lompang. Jom kita cuba! Baca juga: Tepung Talam Pandan Paling Lembut, Nak Permukaan Licin Kena Tapis Bahan ‘Ini’ RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH Bahan A (bahagian bawah): 2 cawan air gula (hasil dari campuran 1 cawan gula merah dan 1 cawan gula pasir, dimasak bersama 2 cawan air, kemudian tapis) 3 cawan tepung gandum 4 cawan santan cair (daripada 1 ½ biji kelapa ) Bahan B (bahagian atas): 4 cawan santan pekat (daripada 1 ½ biji kelapa) 1 cawan tepung beras 3 sudu makan tepung jagung...

Cara Buat SATAY AYAM Tak Kecut Bila Bakar, Ikut Tips Penting Ini!

Sate atau satay merupakan makanan bercucuk yang popular di Malaysia. Selain musim perayaan, makanan ini juga mudah didapati di kedai-kedai makan. Oleh itu, bagi memastikan kualiti sate yang dijual oleh peniaga terjamin, perkongsian tips dan cara buat satay ayam oleh MD Shin ini pastinya dapat membantu.

Berikut merupakan tips dan cara buat satay ayam!

Baca juga: Resepi DIM SUM ‘Homemade’ Mudah, Lebih Sedap & Puas Makan Anak-Beranak!

CARA BUAT SATAY AYAM

TIPS SATAY AYAM

Frozen isi dada ayam (boneless breast):

  1. Rendam ayam sampai lembut (hiraukan teori yang mengatakan potong ayam masa keras-keras lebih elok).
  2. Siat kulit ayam.
  3. Kulit ayam direbus (saya rebus sebab senang nak potong dan senang nak cucuk).
  4. Jangan rebus lama-lama, takut kulit benyai, cukup sekadar masak.
  5. Basuh ayam betul-betul, kalau boleh basuh bilas 2/3 kali sebab ayam cepat rosak kalau basuh ala kadar.
  6. Potong ayam halus-halus atas kehendak tuan puan.

Baca juga: Resipi SAYUR JERUK Tahan Berbulan, Campur Dalam Asam Pedas Lain Macam Enaknya!

Baca juga: Resepi AISKRIM CUP Mudah & Menarik, Boleh Suri Rumah Buat ‘Side Income’!

cara buat satay ayam

Gambar: MD Shin

Tips penting:

  • Ayam mesti perap di dalam FREEZER (peti pembeku) dan perap sekurang-sekurangnya 5 jam.

Jika bakar ayam dia kecut, itu maknanya ayam anda tak cukup perap. Satay ayam jika perapan cukup, bakar tidak akan kecut.

Sekian dari saya.

Baca juga: Resepi KEROPOK IKAN BILIS Guna Nasi, Menu ‘Ngeteh’ Enak Bersama Keluarga!

Sumber: MD Shin

FT Image: MD Shin / pinterest

The post Cara Buat SATAY AYAM Tak Kecut Bila Bakar, Ikut Tips Penting Ini! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan