Langkau ke kandungan utama

Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu

Imej
https://ift.tt/aIHUGO2 Kalau sebut hidangan wajib waktu raya, memang tak sah tanpa rendang daging tok yang pekat, gelap berkilat dan penuh rasa rempah yang ‘naik’. Hidangan warisan dari Perak ini terkenal dengan teknik masakan perlahan yang buat daging jadi lembut dan kuahnya meresap sampai ke dalam serat. Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Rm Zuan di Facebook dan telah dipermudahkan sedikit, tapi rasa tetap kekal autentik macam rendang tradisi lama. Baca juga: Udang Masak Rendang Paling Wangi & Pedas, Resipi Sempurna Untuk Jamuan Raya Bersama Keluarga APA ITU RENDANG DAGING TOK? Rendang Tok ialah rendang tradisional Perak yang dimasak lama dengan santan, kerisik dan rempah sangai. Hasilnya ialah kuah pekat, gelap, berminyak cantik dan rasa rempah yang mendalam. Bahan utama: 1kg daging (potong 2 inci) Bahan-bahan rempah sangai dan tumbuk: 2 sudu besar ketumbar 2 sudu besar jintan manis 1 sudu lada hitam (tidak disangai) 2 sudu besar jintan putih Sanga...

Cara Buat Donat Simple Tanpa Tepung, Guna 3 Bahan Je Tapi Sumpah Sedap!

https://ift.tt/X70lEKA

cara buat donat simple

Ramai suka makan donat tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, tapi pertama kali kami dengar ada cara buat donat simple tanpa menggunakan tepung.

Donat adalah kuih tradisional Malaysia yang dibuat dari adunan tepung, telur, gula dan yis lalu digoreng yang menjadi kesukaan ramai kerana hasilnya teramat gebu dan lembut apabila dimakan.

Seiring dengan zaman moden, ramai menggunakan kreativiti tersendiri dalam membuat donat. Bukan saja ia terdapat dalam pelbagai bentuk menarik, malah ada pelbagai perisa yang lazat.

Cara buat donat simple yang dikongsikan melalui video oleh aniqclone di TikTok telah menarik perhatian ramai kerana ia tak menggunakan tepung sama sekali. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

CARA BUAT DONAT SIMPLE TANPA TEPUNG

cara buat donat simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong bahagian kerak roti (tak nak potong pun tak apa).

2. Selepas itu, sapu bersama air atau susu untuk lembutkan roti.

3. Kemudian, lipat dan gumpal sampai menjadi bulat.

4. Akhir sekali, gorengkan dalam minyak yang panas sampai garing, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

cara buat donat simple

Nak tambahkan lagi betapa nikmatnya donat ini, anda boleh salutkan dengan apa-apa jenis gula yang disukai atau cicah bersama sos coklat yang pekat dan likat.

Sesetengah orang suka makan donat bersama jem, jadi ia sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing. Asalkan anda sekeluarga puas hati memakannya, itu pun sudah cukup memadai.

Cara buat donat simple ini boleh digunakan ketika roti anda sudah hampir tarikh luput, jadi taklah membazir bahan di dapur. Selain itu, anda dapat buat hidangan untuk kunyah-kunyah ketika masa lapang.

Tambahan lagi, ia merupakan suatu idea kreatif dan menarik untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang di rumah. Manalah tahu sudah jemu dengan yang biasa, boleh cuba cara buat donat simple ini pula.

Selamat mencuba!

Sumber: aniqclone

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

The post Cara Buat Donat Simple Tanpa Tepung, Guna 3 Bahan Je Tapi Sumpah Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!