Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Graduan tersingkir tanpa TVET

PETALING JAYA – Graduan yang tidak mempunyai kemahiran serta literasi digital dalam Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak akan bertahan lama dalam industri ekoran perkembangan teknologi terutamanya kecerdasan buatan (AI) yang akan mengakibatkan mereka disingkirkan dalam tempoh 10 tahun lagi.

Ketika ini, TVET yang juga menjadi keutamaan kerajaan dalam mewujudkan tenaga kerja mahir sebagai pelengkap kepada industri serta mampu mencipta peluang pekerjaan sebagai lapisan generasi yang tidak bergantung kepada akademik semata-mata untuk berjaya.

Pengarah Jualan dan Pasaran SNS Network (M) Sdn. Bhd., Kelvin Pah berkata, TVET merupakan pelengkap nilai tambah kepada graduan yang sudah semestinya mempunyai pendapatan selepas tamat pengajian sama ada bekerja sendiri atau dengan orang lain.

SNS mahu melahirkan pakar teknologi yang mampu memenuhi keperluan pasaran dan industri.

Katanya, TVET akan membawa negara ke arah yang lebih baik ekoran generasi muda dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan AI.

“Kami telah bergelumang dengan 21st Century TVET sejak 2016 dan tahu selok-belok serta menjadi pemangkin dalam melahirkan graduan TVET celik IT.

“Sejak 2019, SNS telah menjadi pemangkin pembentukan lebih 10,000 graduan TVET seluruh Malaysia menerusi kerjasama antaranya dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Proses pendidikan kini telah berjaya dilaksanakan menerusi kaedah hibrid serta digital,” katanya.

Selain SNS Network, antara penggerak TVET Digital di Malaysia termasuk National Digital TVET Innovation Centre (NDTIC) menerusi inisiatif Digital TVET Learning Society (DTLS).

Menurut Kelvin, selaku penyedia teknologi pembelajaran (educational technology) yang utama di Malaysia, SNS melihat Inisiatif Reformasi Digital TVET Negara 2030 akan menjadi penyelesai masalah ketiadaan pekerjaan kepada graduan selepas tamat pengajian selain menjadi pemangkin pembentukan arus ekonomi yang lebih holistik.

Tambahnya, pendidikan konvensional yang diamalkan sudah tidak lagi relevan dengan kebolehpasaran graduan ke industri kerana tidak sepadan dengan kompetensi pekerjaan.

Ujar Kelvin, Singapura, Indonesia dan Vietnam sudah lama menggunakan TVET sebagai antara cabang utama mereka untuk bergerak maju dan meninggalkan Malaysia lima tahun ke hadapan.

“Jika kita masih berlengah, negara akan ketandusan tenaga mahir dan graduan yang diperlukan dalam industri. Semua pihak perlu bersatu bagi merealisasikan hasrat ini,” katanya.

The post Graduan tersingkir tanpa TVET appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!