Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

“Apa petua hilangkan cacing tanpa ubat ya? Makan banyak ubat sangat pun risau..”

Apabila cacing masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan mencuri nutrisi mikro dan mineral dalam badan. Ini akan menyebabkan simptom jangkitan seperti kekurangan darah merah (anemia), sakit perut, dan kegatalan pada bahagian dubur!

Jadi, selain ubat terdapat satu petua menggunakan asam keping yang boleh membantu menghapuskan cacing dalam perut terutamanya kanak-kanak. Jom cuba!

Baca juga: Biarkan Anak Ralit Main Tanah, Mama Mesti Terkejut Anak Mudah Tidur Awal Malam Nanti!

PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK GUNA ASAM

petua hilangkan cacing

Nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.

Mudah saja caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:

1. Asam keping

2. Garam

3. Air

1.Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.

2.Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.

3.Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

4.Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.

NAK ELAK CACING MACAM MANA?

petua hilangkan cacing

Foto: HelloDoktor

Macam mana nak elakkan dari cacing ini? Semestinya, ramai dalam kalangan kita yang terleka dan tidak sedar bahawa perbuatan selama ini menyebabkan cacing banyak dalam badan. Jadi, ini tips bagi mengelakkan jangkitan cacing :

-Elakkan berkaki ayam bila keluar rumah

-Basuh buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dengan bersih sebelum dimasak

-Pastikan hidangan yang anda sediakan dimasak sepenuhnya

-Basuh tangan dengan bersih terutamanya di celah dan bawah kuku sebelum menyentuh makanan

-Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja. Pastikan mesin penapis air diselenggara dengan baik

-Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, gunakan sarung tangan apabila bersihkan najis haiwan

-Lakukan pembasmian cacing (deworming) secara berkala pada haiwan peliharaan. Dapatkan saranan daripada doktor haiwan

-Pastikan haiwan sentiasa berada dalam keadaan bersih

-Cuci tangan selepas memegang haiwan

*Lakukan langkah pencegahan dari awal ya kerana cacing yang banyak dalam perut boleh menyebabkan anak-anak kurang selera!

Baca juga: Masalah Suami Selalu Komplain ‘Tak Puas’, Rupanya Anda Alami 5 Tanda Miss V Longgar

Sumber: Wan Norma

Foto: Health Savvy

The post Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!