Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

DIY Racun Organik Guna Nasi Sahaja, Cili Lebat & Sayur Pun Selamat Dimakan

Buat anda yang suka bercucuk tanam, bukan baja yang betul sahaja yang digunakan bagi menyuburkan pokok malah racun juga supaya tiada haiwan perosak. Penggunaan racun organik yang tiada bahan kimia adalah disarankan supaya hasil tanaman selamat dimakan.

Bukan itu sahaja, lebih memudahkan lagi adalah racun organik ini hanya menggunakan bahan yang tidak asing lagi bagi kehidupan seharian kita iaitu, nasi. Jom tengok cara pembuatannya.

Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

BUAT RACUN ORGANIK POKOK GUNA NASI

racun organik

Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk hapuskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia. Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racun homemade ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga.

Bahan-bahan:

-Nasi (lebihan semalam pun boleh, masak baru pun boleh)
-Botol plastik
-Air cucian beras yang pertama

racun organik

Cara-caranya:

1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.

2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meletup.

3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.

4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.

*Apabila menggunakan cara ini, pokok sayur yang nak dimakan pun lebih selamat kerana tiada bahan kimia. Selamat mencuba!

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

Sumber: Tieok Eng

The post DIY Racun Organik Guna Nasi Sahaja, Cili Lebat & Sayur Pun Selamat Dimakan first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!