Langkau ke kandungan utama

Resepi Gulai Lemak Ayam Mak Mentua, Kuah Berlemak Sampai Ada Rasa Macam Rendang

Imej
https://ift.tt/yAsOu68 Versi resepi gulai lemak ayam dari Perak ini lain daripada biasa. Kuahnya pekat, wangi daun kunyit, dan kombinasi santan dengan kerisik membuatkan gulai ini sangat sedap. Cili kering kisar digunakan, bukan cili padi, jadi pedasnya sederhana tetapi aroma tetap penuh. Resepi gulai lemak ayam ini panaskan lama pun kuah tidak pecah, malah rasanya seperti rendang. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri, atau makan nasi panas di rumah. Baca juga: Cara Guna Santan Kotak Dengan Betul Supaya Kuah Gulai, Kari & Rendang Pecah Minyak Cantik RESEPI GULAI LEMAK AYAM MAK MENTUA Bahan-bahan: ½ ekor ayam, potong 6 1 mangkuk santan pekat (1 biji kelapa) 2-3 sudu besar cili kering kisar (boleh guna cili merah besar tumbuk) 5 ulas bawang merah, hiris 6 ulas bawang putih , hiris 2 inci halia, hiris manjang kecil dan nipis 2 helai daun kunyit, carik-carik 3 biji kentang , potong ikut suka 3 sudu besar kerisik 2 biji tomato (pilihan) 2 batang serai, diketuk 2 ...

Resipi Soto Ayam Dengan Sambal Hitam Padu, Memang Sedap Terangkat!

https://ift.tt/AZQkst7

soto ayam resepi

Soto ayam resepi ini dijamin sangat mudah disediakan. Ia adalah hidangan ikonik dari Indonesia yang terkenal dengan rasa kaya dan aromanya yang memikat.

Menu ini bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan, malah turut menjadi pilihan popular bagi pelancong yang ingin merasai keenakan masakan Indonesia.

Jangan risau, kita orang Malaysia tak perlu terbang jauh ke sana. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

SOTO AYAM RESEPI MUDAH

soto ayam resepi

Bahan dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Bahan rempah:

  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ayam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • 1/2 ekor ayam
  • Santan

Cara-cara:

  1. Kisar lumat bahan yang dikisar, ketepikan. Satukan jintan putih, jintan manis dan serbuk lada. Buat begini baru mudah masak nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan. Masuk segala jintan dan lada putih yang disatukan. Kacau dan biarkan sedikit garing, bukan hangit ya.
  3. Masuk bahan dikisar dan gaul sebati.
  4. Kacau sampai rempah kering dan pecah minyak.
  5. Apabila rempah dah likat elok, masuk ayam. Balik-balikan ayam dan biar sekejap sampai ayam agak masak.
  6. Masuk pula air. Anggaran 1.5 liter mengikut kepekatan yang disukai. Kalau suka hirup kuah, letak banyak air. Tunggu sampai mendidih.
  7. Angkat dan toskan ayam. Ketepikan dulu.
  8. Letak suku kotak santan Kara. Barulha kuah lebih pekat dan lemak sikit.
  9. Letak 1 kiub ayam. Kalau kuah banyak letak 1 1/2 kiub ayam
  10. Akhir sekali letak garam ikut cita rasa. Siap kuah soto.
  11. Ayam tadi kena goreng kejap  atau masuk dalam air fryer. Mudah kerja. Racit-racitkan ayam tu nanti.

SAMBAL HITAM PADU

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api
  • 7 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu kicap

Cara-cara:

  1. Goreng bawang putih dan cili bagi garing sikit je. Angkat dan tos kan.
  2. Kisar cili dan bawang yang digoreng tadi dengan kicap serta garam dan gula ikut cita rasa.
  3. Perah air limau. Kacau sebati dan siap kuah cili padu.

Ini dia bahan sampingan untuk dimakan bermasa kuah soto.

Lagi sedap kalau makan dengan begedil. Selamat mencuba!

soto ayam resepi

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia

The post Resipi Soto Ayam Dengan Sambal Hitam Padu, Memang Sedap Terangkat! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!