Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Bandar utama Asia diramal tenggelam pada 2100

WASHINGTON – Sebahagian bandar raya utama di Benua Asia berisiko tenggelam menjelang 2100 akibat peningkatan paras air laut, demikian menurut satu kajian yang menggabungkan impak perubahan iklim dengan fenomena turun naik lautan secara semula jadi.

Stesen penyiaran CNN melaporkan paras air laut sememangnya telah pun meningkat ekoran kenaikan suhu lautan serta kadar pencairan ais akibat perubahan iklim.

Namun, kajian terbaharu diterbitkan dalam jurnal Nature Climate Change itu menawarkan maklumat lanjut dan amaran mengejutkan mengenai bagaimana impak fenomena tersebut boleh menjejaskan berjuta-juta penduduk.

Berdasarkan kajian itu, kesan maksimum yang mungkin berlaku daripada turun naik air laut semula jadi serta digabungkan dengan kesan perubahan iklim akan menyebabkan beberapa bandar utama di Asia Tenggara menjadi titik panas bagi peningkatan paras air laut.

Di bandar ibu negara Filipina, Manila contohnya, kajian yang sama meramalkan kejadian banjir di tepi pantai dalam abad akan datang bakal berlaku 18 kali lebih kerap berbanding sebelumnya akibat perubahan iklim.

Namun, faktor turun naik paras air laut secara semula jadi meningkatkan kekerapan banjir pantai sehingga 96 kali lebih kerap, demikian menurut kajian itu.

Sementara itu, kajian yang sama turut mendapati ibu negara Thailand, Bangkok, Bandar Raya Ho Chi Minh di Vietnam dan Yangon di Myanmar adalah antara yang paling berisiko terjejas di samping Chennai dan Kolkata di India serta sebilangan kepulauan di Pasifik dan barat Lautan Hindi.

Paras air laut di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat (AS) dan Australia juga akan meningkat, kata kajian berkenaan.

Di bandar-bandar utama di Asia sahaja, lebih 50 juta orang mungkin terjejas akibat fenomena itu dengan 30 juta daripadanya di India.

Pengarang kajian, Aixue Hu daripada Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan AS berkata, kerajaan di seluruh dunia dan penduduk awam perlu mengambil berat mengenai ancaman ini.

“Daripada perspektif dasar, kita perlu bersedia untuk situasi terburuk,” ujarnya. – Agensi

 

The post Bandar utama Asia diramal tenggelam pada 2100 appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!