Resepi Macaroni Cheese, Bahan Rahsia ‘Ini’ Buat Orang Makan Sampai Licin

Imej
https://ift.tt/CvKU8hr Mood hari ini nak masak makanan Western pula untuk keluarga, tapi tiada idea pula. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang mudah dan sedap ini. Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah sejenis hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK (United Kingdom). Orang Malaysia juga sukakan makanan Western seperti resepi Macaroni Cheese yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba! Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan RESEPI MACARONI CHEESE Bahan-bahan: 3 cawan macaroni Air secukupnya (untuk rebus macaroni) Sedikit minyak (untuk rebus macaroni) 3 keping cheese slice 1 cawan cheese powder 1 sudu parsley 3 cawan susu segar 1 sudu basil 1 sudu oregano Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, rebus macaroni dengan air dan minyak sampai kembang dan ketepikan terlebih dahulu. 2. Kemudian, masukkan susu sega...

Scallop Goreng Cili Benggala Tinggal Campak Dalam Kuali Lepastu Siap Masak!

https://ift.tt/wJqHuON

scallop goreng cili benggala

Jom cuba masak Scallop Goreng Cili Benggala. Bagi yang tak pernah merasa, rasanya sama seperti makanan laut kerang tetapi lebih banyak isinya.

Untuk pengetahuan anda, Scallop atau Kekapis ini ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan.

Baca juga: Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang ‘Repeat’ Nak Makan Lagi!

Scallop atau kekapis ini dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.

Teksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala. Kalau nak masak style ini, memang harus bersihkan bahagian dalamnya yang berlumpur.

Ikuti resipi dari perkongsian Ceruk Dapor dari laman Facebook ini. 


RESIPI SCALLOP GORENG CILI BENGGALA

scallop goreng cili benggala

Bahan-bahan: 

  • 15 ekor scallop (kekapis)
  • 1 biji cili benggala hijau|potong dadu
  • 4 ulas bawang putih|cincang
  • 3cm halia|mayang halus
  • 15ml sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan kekapis, cili benggala dan sos tiram.

3. Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.

4. Tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Info tambahan:

Pastikan cengkerang scallop (kekapis) dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!

The post Scallop Goreng Cili Benggala, Tinggal Campak Dalam Kuali Lepastu Siap Masak! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!