Kari Ayam Malaysia Curi Tumpuan Ramai, Diiktiraf Sebagai Stew Terbaik Dunia!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Siapa sangka, kari ayam yang selalu jadi hidangan biasa di rumah kita rupa-rupanya telah berjaya mencuri perhatian dunia. Hidangan kegemaran ramai ini telah diiktiraf sebagai stew terbaik dunia oleh laman makanan terkenal, TasteAtlas.
Hidangan berasaskan rebusan atau stew boleh ditemui di hampir setiap negara. Walaupun caranya berbeza-beza, kebanyakannya tetap kaya dengan rasa dan menggunakan bahan tempatan.
Dek kerana Malaysia ini kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, tak hairanlah kita juga ada macam-macam jenis hidangan berkuah. Daripada sup herba dalam masakan cina, kuah lemak bersantan yang sinonim dengan orang Melayu, hinggalah ke kari berempah yang dipengaruhi budaya India. Setiap satunya ada rasa dan kisah tersendiri.
Baca juga: JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Ada DNA Babi, Ini Senarai Penuh!
Kari Ayam Juara Dunia Dalam Senarai 100 Stew Terbaik
Dalam senarai seratus stew terbaik dunia yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, kari ayam Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dengan markah cemerlang 4.7 daripada 5 bintang. Pencapaian yang memang luar biasa.
Ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga satu penghormatan kepada masakan tempatan kita. Rasa yang kita dah nikmati sejak kecil ini sebenarnya setanding dengan hidangan hebat dari negara-negara seperti Jepun, Mexico dan Brazil.
Apa Yang Buat Kari Kita Lain Daripada Yang Lain?
Lauk kari ini juga salah satu lauk yang paling senang kita jumpa di mana-mana. Tak kisah sarapan dengan nasi lemak, makan tengah hari atau malam, memang ramai yang suka.
Selalunya, kari ayam dimasak perlahan-lahan dengan potongan ayam dan kuah berasaskan santan. Rempah yang digunakan pula memang kuat rasanya. Antara bahan yang biasa ada dalam masakan ini termasuk bawang putih, bawang merah, halia, tomato, serai, daun kari, kulit kayu manis, cili dan banyak lagi.
TasteAtlas kata, kekuatan kari ayam Malaysia terletak pada gabungan rempah yang digunakan serta cara masaknya yang masih kekalkan cara tradisi orang dulu-dulu.
Lebih sedap bila makan panas-panas, dengan nasi putih yang berwap. Bila kuah kari yang pekat dan beraroma tu meresap ke dalam nasi, memang puas hati. Simple tapi tetap padu.
Sumber: Siakap Keli
Baca juga: Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Pilih Sebagai Hidangan Terbaik!
The post Kari Ayam Malaysia Curi Tumpuan Ramai, Diiktiraf Sebagai Stew Terbaik Dunia! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan