Sambal Goreng Jawa Simple Rasa Luar Biasa, Sekali Masak Suami Minta ‘Repeat’

Imej
https://ift.tt/zIFcYy1 Jika anda pernah makan masakan Jawa, pasti tahu kesedapannya walaupun cara memasaknya sangat ringkas dan antara hidangan wajib dicuba ialah Sambal Goreng Jawa simple ini. Sambal Goreng Jawa ialah hidangan tradisional masyarakat Jawa (termasuk Jawa Malaysia dan Indonesia) yang biasanya dimasak untuk majlis khas, kenduri atau sebagai lauk harian. Resipi Sambal Goreng Jawa simple ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu qisyainara dan ternyata ia menjadi kegemaran ramai. Jom kita cuba! Baca juga: Resipi Mee Jawa Paling Sedap, Satu Periuk Buat Semua Makan Sampai Tak Tinggal Kuah! RESIPI SAMBAL GORENG JAWA SIMPLE Bahan-bahan: Kentang (dipotong dadu) Tempe (dipotong dadu) Tauhu ((dipotong dadu, jika ada) Suhun dan fucuk (rendam dalam air) Cili kisar 3 ulas bawang putih (dihiris) 3 biji bawang merah kecil (dihiris) 1 biji cili besar merah (dihiris) Kacang panjang (dihiris) Kiub ikan bilis Garam Gula Serbuk perasa Sedikit kica...

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel, Ada Tip Agar Tak Liat & Lembut Elok!

https://ift.tt/JXGIvi6

resepi asam pedas daging

Tak semua tahu resepi asam pedas daging yang betul-betul padu dan tak liat. Jangan risau, dengan perkongsian daripada Mizah Ngatiman ini, asam pedas anda dijamin lembut elok teksturnya!

Menurutnya, petua ini sebenarnya dikongsi oleh Dato’ Rizalman dalam rancangan Pung Pang Rizalman suatu ketika dahulu. Dalam rancangan itu, Raja Permaisuri Tunku Azizah turut berkongsi tip masak asam pedas yang sedap kepada beliau. Jom kita tengok perkongsiannya.

Baca juga: Cara Masak Gulai Daging Tanpa Santan, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti

RESEPI ASAM PEDAS DAGING CAMPUR TETEL

resepi asam pedas daging

Bahan-bahan:

  • 1 bekas isi daging dan tetel
  • 20 tangkai cili kering – direbus*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu besar pes asam jawa

Bahan yang bertanda (*) perlu dikisar.

Bahan-bahan untuk penyedap rasa:

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar dengan api kecil sehingga pecah minyak dan naik bau yang wangi.
  2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan sehingga air daripada daging dan tetel kering. Tutup kuali dan gunakan api sederhana kecil. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.
  3. Setelah pecah minyak, tambahkan air secukupnya untuk melembutkan daging dan tetel.
  4. Apabila air hampir kering, masukkan serai, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali, masukkan pes asam jawa.
  6. Biarkan kuah menjadi pekat, kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Nasi Daging Air Asam, Nasi Elok Berderai & Daging Jadi Lembut, Memang Padu!

The post Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel, Ada Tip Agar Tak Liat & Lembut Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan