Sambal Goreng Jawa Simple Rasa Luar Biasa, Sekali Masak Suami Minta ‘Repeat’

https://ift.tt/zIFcYy1

sambal goreng jawa simple

Jika anda pernah makan masakan Jawa, pasti tahu kesedapannya walaupun cara memasaknya sangat ringkas dan antara hidangan wajib dicuba ialah Sambal Goreng Jawa simple ini.

Sambal Goreng Jawa ialah hidangan tradisional masyarakat Jawa (termasuk Jawa Malaysia dan Indonesia) yang biasanya dimasak untuk majlis khas, kenduri atau sebagai lauk harian.

Resipi Sambal Goreng Jawa simple ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu qisyainara dan ternyata ia menjadi kegemaran ramai. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Mee Jawa Paling Sedap, Satu Periuk Buat Semua Makan Sampai Tak Tinggal Kuah!

RESIPI SAMBAL GORENG JAWA SIMPLE

sambal goreng jawa simple

Bahan-bahan:

  • Kentang (dipotong dadu)
  • Tempe (dipotong dadu)
  • Tauhu ((dipotong dadu, jika ada)
  • Suhun dan fucuk (rendam dalam air)
  • Cili kisar
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 1 biji cili besar merah (dihiris)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Sedikit kicap manis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng tempe dan kentang terlebih dahulu (jika ada tauhu, boleh goreng sekali).

2. Selepas itu, tumis bawang dan cili kisar sampai naik bau dan pecah minyak.

3. Kemudian, letak kuib ikan bilis, garam, gula dan serbuk perasa (jika rajin, boleh tumbuk ikan bilis).

4. Seterusnya, masukkan kacang panjang dan cili besar merah.

5. Setelah itu, masukkan pula tempe dan kentang yang sudah digoreng tadi.

6. Kemudian, masukkan suhun dan fucuk bersama sedikit kicap manis (agak-agak saja).

7. Akhir sekali, gaulkan sampai sekata. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: qisyainara

Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

The post Sambal Goreng Jawa Simple Rasa Luar Biasa, Sekali Masak Suami Minta ‘Repeat’ appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan