Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

6 kereta rosak ditimpa serpihan tangki air pecah

SEPANG – Sebanyak enam buah kereta milik penghuni sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, rosak teruk setelah ditimpa serpihan tangki air yang pecah dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila sebuah tangki air di blok pangsapuri itu pecah menyebabkan serpihan tangki bersama bekalan air menghempap kenderaan.

“Dalam kejadian pukul 7.15 malam di Blok A, Apartment Penaga Mas itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya berlaku kerosakan harta benda.

“Ketinggian tangki air berkenaan dianggarkan berada pada kedudukan 18 meter,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, susulan kejadian tersebut, bekalan air telah mencurah ke atas kereta yang diletakkan di kawasan parkir disertai dengan sepihan tangki air yang pecah.

“Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Pengurusan Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas,” ujar beliau.

Tambah Wan Kamarul Azran, pihaknya turut menasihatkan pemilik kenderaan yang terjejas supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi memohon tuntutan insuran kenderaan. – KOSMO! ONLINE

The post 6 kereta rosak ditimpa serpihan tangki air pecah appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!