Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sempat Cungkil Mata Lelaki Masih Hidup Bertarung Dengan Buaya

Sempat Cungkil Mata Lelaki Masih Hidup Bertarung Dengan Buaya

Seorang nelayan di Australia terselamat daripada dibaham buaya sepanjang 4.6 meter selepas dipercayai sempat mencungkil mata reptilia itu dengan jarinya.

Daily Star melaporkan, lelaki berusia 44 tahun itu bernasib baik kerana masih hidup walaupun selepas buaya berkenaan menggigitnya sebanyak tiga kali.

Meskipun begitu, mangsa mengalami patah tulang dan parah di kepala, perut dan kakinya.

Insiden berlaku selepas mangsa berenang di Archer Point pada petang Sabtu lalu.

Ia adalah kawasan perkhemahan popular terletak kira-kira 20 kilometer (km) ke selatan Cooktown di Semenanjung Cape York, Queensland.

Ketika kejadian, mangsa diseret buaya itu jauh di bawah permukaan air, tetapi dapat melepaskan diri dan berenang ke arah batu sebelum pasukan penyelamat tiba.

Dia kemudian diberi bantuan perubatan oleh sekumpulan enam petugas.

Pasukan kecemasan merawat mangsa yang cedera dan lelaki itu diterbangkan ke Hospital Cairns untuk menerima rawatan lanjut.

Kakitangan Perkhidmatan Ambulans Queensland Valerie Noble berkata, buaya itu menggigit lelaki terbabit sebanyak tiga kali kemudian menyeret mangsa.

“Dia berjaya masukkan jarinya di mata buaya itu beberapa kali sebelum berenang ke arah pantai.

“Dia seorang lelaki yang sangat bertuah, tidak ramai orang akan hidup untuk menceritakan kisah seperti itu,” katanya.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland mengesahkan kejadian dan akan menyiasat insiden berkenaan.-hmetro

The post Sempat Cungkil Mata Lelaki Masih Hidup Bertarung Dengan Buaya appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!