Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Resipi IKAN PERCIK ‘Viral’ Warisan Keluarga, Ramai Netizen Telah Jatuh Cinta!

Buat penggemar hidangan percik, anda pasti akan berasa ‘gian’ selepas mencuba resepi ikan percik warisan Afy Al Habibi ini. Ditambah pula, dengan kualiti lazatnya yang lebih terjamin.

Hal ini kerana, ia merupakan resipi original turun-temurun daripada keluarga Puan Afy sendiri. Di mana, Puan Afy telah berguru dengan emaknya untuk dikongsikan kepada pembaca semua dan setakat ini sudah mendapat 3.2 ribu perkongsian di laman sosialnya.

Baca juga: Resipi KERABU BUAH BEKA Yang Enak, Susah Nak Jumpa Jadi Wajib Cuba!

RESEPI IKAN PERCIK

resepi ikan percik

Apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ikan percik warisan Afy Al Habibi di bawah!

Cikgu pilih untuk berkongsi semula resipi ikan percik warisan keluarga cikgu, rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu.

Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun-temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan.

Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.

Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.

Yang pasti kawan yang sudah cuba resipi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja, boleh baca dekat gambar di bawah.

Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain. Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!

Baca juga: Tips Perah Kelapa Parut Dimesin Sendiri, Hasilnya Santan Banyak & Pekat!

PERSIAPAN IKAN:

resepi ikan percik

  • Ikan Kembung 5 ekor (basuh bersih dan kelar ikan)

Bahan-bahan hiris nipis:

  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • Bahan-bahan lain:
  • 3/4 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal
  1. Masukkan bahan hiris di dalam tabung pengisar, tambahkan garam dan serbuk perasa Hilal atau jenama lain.
  2. Kisar hingga lumat.
  3. Kemudian, lumur rata bahan kisar pada ikan.
  4. Perap selama 20 minit.

Baca juga: Resepi 10 Air Asam Pelbagai Cita Rasa, ‘Hantu’ Pencicah Kena Cuba Pasti Suka!

KUAH PERCIK:

ikan percik

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Bahan-bahan lain:

  • 6 senduk santan segera
  • 1 senduk air kosong
  • 1 1/2 sudu besar cili kisar (kisar sendiri)
  • Sehiris limau nipis
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • Secubit serbuk perasa Hilal
  1. Kisar semua bahan hingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  3. Tambahkan sekali santan segera (beli dekat pasar, pekat asli daripada buah kelapa).
  4. Tambahkan air kosong.
  5. Masukkan cili kisar (guna cili kering saiz paling besar, tak pedas dan warna pun merah cantik).
  6. Letak periuk atas dapur dan buka api perlahan.
  7. Perahkan limau nipis.
  8. Masukkan gula, garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain. *Kuantiti rasa terpulang kepada cita rasa sendiri atau masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat.
  9. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
  10. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
  11. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

P/s: Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya, pada warna sahaja.

Baca juga: Rahsia AYAM GORENG KUNYIT Luar Rangup Tapi Dalamnya ‘Juicy’, Lazat Tak Terkata!

BAKAR IKAN:

ikan percik

  1. Bakar ikan di atas bara api.
  2. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
  3. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik.
  4. Masa ini memang tak tahan bau kuah yang disalai sekaili atas bara api. Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa

Siap. Nampak sedap kan?

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

Sumber: Afy AL Habibi

FT Image: Afy AL Habibi

The post Resipi IKAN PERCIK ‘Viral’ Warisan Keluarga, Ramai Netizen Telah Jatuh Cinta! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!