Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Lebih 100 kanak-kanak dirai sempena Aidilfitri

Ramadan dan Syawal menjadi bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di negara ini kerana selain disambut dengan meriah, bulan itu juga menawarkan banyak peluang beramal kebajikan.

Bulan Ramadan misalnya tidak hanya terhad kepada menjalani ibadah puasa, malah juga merupakan masa untuk kita menyucikan rohani, memperbaiki diri ke arah kebaikan dan menggandakan amal ibadah.

Justeru, sempena sambutan bulan-bulan mulia dalam kalendar Islam itu, pusat beli-belah IOI iaitu IOI Mall Kulai, Johor dan IOI City Mall, Putrajaya yang juga merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia, telah menganjurkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk berkongsi kegembiraan dan keberkatan bulan tersebut bersama lebih 100 kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

Ketua Peruncitan di IOI Properties Group Berhad, Chris Chong berkata, pihaknya berbesar hati untuk beramal dan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami sentiasa sedar bahawa operasi kami mempunyai kesan yang besar kepada komuniti setempat.

“Justeru, kami memikul tanggungjawab untuk membawa impak yang positif dan yang paling penting, bulan mulia ini memberi inspirasi kepada kami untuk beramal, terutamanya untuk kanak-kanak yang memerlukan bagi membawa senyuman di wajah dan kegembiraan di hati mereka semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Di IOI City Mall di Putrajaya, kira-kira 60 orang kanak-kanak jemputan dari Pertubuhan Kebajikan At-Taqwa Puchong dan Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Kajang telah disantuni dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan baru-baru ini.

Sebaik saja tiba di pusat beli-belah popular itu, kanak-kanak dibawa ke Icescape Ice Rink, gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik yang terbesar di negara ini yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records untuk mencuba aktiviti luncur ais di situ serta menerima sumbangan duit raya.

Penganjur dan kanak-kanak terlibat bergambar kenangan di Restoran Chef Wan di IOI City Mall, Putrajaya setelah menjamu selera.

Pada sebelah petang pula, mereka dibawa ke Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem Shazam! Fury of the Gods, diikuti hidangan jamuan di Cafe Chef Wan, selain turut menerima sumbangan barang-barang keperluan yang bernilai kira-kira RM600.

Sementara itu, 42 orang kanak-kanak jemputan dari Madrasah Tahfiz Ashabus Suffah Jalan Jati telah dibawa untuk bersuka ria di IOI Mall Kulai.

Mereka dihiburkan dengan tayangan khas Shazam! Fury of the Gods dan diikuti persembahan zapin iaitu tarian dan irama tradisional Melayu yang popular.

Para jemputan dijamu dengan hidangan yang lazat di The Chicken Rice Shop, di samping menerima duit raya dan hadiah raya serta sesi bergambar beramai-ramai.

“Kami berharap semua kanak-kanak yang diraikan ini menikmati sesi lawatan tersebut.

“Kami juga berharap aktiviti CSR kami akan mendorong mereka untuk berjaya dalam kehidupan dan berazam untuk melakukan kebaikan buat komuniti setempat.

“Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa sumbangan daripada penaja kami yang amat bermurah hati dan bagi pihak IOI Mall, ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk mendekati dan menyebarkan kebaikan kepada komuniti,” kata Chong lagi.

Sehingga 1 Mei yang lalu juga, para pengunjung di semua rangkaian pusat beli-belah IOI di negara ini turut dipersembahkan dengan kemeriahan sambutan perayaan seperti acara-acara menarik secara langsung, bengkel kanak-kanak IOI Kids Club dan pemberian hadiah untuk ahli CLUB IOI.

The post Lebih 100 kanak-kanak dirai sempena Aidilfitri appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!