Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Terkejut Status ‘TIDAK LAYAK’, Ini Cara Pindah Amaun KWSP Akaun 2 & Pengeluaran Akaun 3

Nampaknya, waktu yang ditunggu-tunggu untuk orang ramai melakukan pengeluaran KWSP Akaun 2 telah tiba. Ini kerana kerajaan telah mengumumkan pengstrukturan semula caruman akaun KWSP dengan mewujudkan Akaun 3 iaitu Akaun Fleksibel yang boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa sahaja.

Namun, ramai yang terkejut apabila ingin melakukan pengeluaran apabila dilabel ‘TIDAK LAYAK’ kerana mempunyai baki 0. Tenang dulu, begini cara untuk anda lakukan pemindahan amaun tertentu dari Akaun 2 ke Akaun 3. Seterusnya baru boleh keluarkan kerana dah ada duit di Akaun 3!

Baca juga: Apa Jadi Kalau Tak Pilih Pindahan Amaun Permulaan Akaun 3 KWSP? Ini Pengiraannya..

CARA BUAT PEMINDAHAN KWSP Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

akaun 2 kwsp

1. Login I-Akaun.

2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.

3. Klik pada “Ketahui Lanjut” (Atas Kiri).

4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)

5. Klik Teruskan.

6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.

*Peringatan Penting: Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

7. Klik “Teruskan”.

8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.

9. Klik “Teruskan” sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.

10. Perakuan Ahli – Klik “Terima”.

11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.

12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)

DAH PINDAH? INI CARA LAKUKAN PENGELUARAN AKAUN 3

akaun 2 kwsp

1. Login I-Akaun.

2. Klik Pengeluaran.

3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”

4. Pilih jenis pengeluaran anda.

5. Klik Akaun Fleksibel

6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”

7. Klik “Keluarkan Sekarang”.

*Guna wang yang dikeluarkan dengan sebaiknya!

Baca juga: Contoh Surat Anak Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Supaya Tak ‘Dicop’ Ponteng!

Sumber: Firdaus Shakirin

The post Terkejut Status ‘TIDAK LAYAK’, Ini Cara Pindah Amaun KWSP Akaun 2 & Pengeluaran Akaun 3 first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!