Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Piala FA: Erling Haaland hampiri kelompok bintang

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa penggempur utamanya, Erling Haaland sudah berada dalam perjalanan untuk menjadi pemain elit setaraf Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Haaland meledak gol ke-42 dalam semua kejohanan musim ini serta mencipta hatrik keenam bersama City ketika pasukan itu membelasah Burnley 6-0 pada aksi suku akhir Piala FA di Etihad awal pagi semalam.

Rekod berkenaan menyaksikan penyerang antarabangsa Norway itu menyamai rekod yang dilakukan Ronaldo ketika memenangi Anugerah Ballon d’Or bersama Manchester United.

Dia juga berpeluang untuk memburu rekod Mohamed Salah dan Ruud Van Nistelrooy yang meledak 44 gol semusim dalam semua kejohanan, malah pencapaian Clive Allen bersama Tottenham Hotspur pada musim 1986/87 meledak 49 gol juga berada dalam bahaya.

“Pemain ini sedang mencipta ‘masalah’ pada masa hadapan kerana orang akan menjangkakan dia sentiasa mampu menja­ringkan tiga atau empat gol setiap kali beraksi.

“Tetapi, saya mengenalinya. Dia tidak mempedulikan me­ngenai perkara itu. Dia seorang yang positif dan optimis dalam hidupnya.

“Dia seorang pemain yang efektif dan mampu memberikan ancaman besar. Apa yang membuatkan dia menjadi begitu adalah kerana sentiasa memikirkan bahawa perkara yang baik akan berlaku untuk dirinya,” kata Pe­ngurus City, Pep Guardiola.

Peluang City menjulang gela­ran trebel musim ini terbuka apabila mereka juga masih bersaing dalam Liga Juara-Juara serta berpeluang untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris dan aksi Piala FA. – AGENSI

The post Piala FA: Erling Haaland hampiri kelompok bintang appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!