Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Tips Mudah Racun Rumput Liar, Tabur Saja Garam Kasar Esoknya Dah Kering Mereput!

Laman rumah yang dipenuhi rumput meliar membuatkan hati ingin mencabutnya. Biarpun ia sering dicabut, namun tak sampai seminggu sudah muncul semula. Nak racun rumput terasa malas pula.

Jadi, disebabkan itu terdapat cara lain yang lagi mudah untuk memastikan rumput degil di laman rumah anda mati kering mereput dengan cepat! Hanya menggunakan satu bahan yang sering digunakan di dapur iaitu garam kasar. Nak tahu bagaimana caranya, mari lihat perkongsian oleh Kak Tin di bawah.

Baca juga: Tutorial Tanam Ros Jepun ‘Bunga Pukul 10’, Tanaman Paling Mudah Semai & Jaga!

RACUN RUMPUT GUNA GARAM KASAR

racun rumput

Gambar: kebunkecilkaktin

Bahan:

Cara-caranya:

  1. Cari garam kasar yang murah pun boleh.
  2. Taburkan garam tersebut di atas rumput meliar di kawasan rumah. Selagi ada rumput, taburkan ia merata.
  3. Nak tabur di sekeliling rumput dalam pasu pun boleh kalau malas nak cabut.
racun rumput

Gambar: kebunkecilkaktin

Hasilnya pada keesokan hari, apabila cuaca panas rumput akan berubah kering mereput seperti diracun. Rumput sudah mati biarpun sisa garam masih ada. Berita baiknya, rumput akan mengambil masa lama untuk tumbuh semula.

Semoga info ini berguna kepada semua.

Baca juga: Rupanya Rumput Sambau ‘Degil’ Yang Selalu Ditebas Ada Banyak Khasiat Merawat Penyakit!

Sumber: kebunkecilkaktin

FT Image: kebunkecilkaktin

The post Tips Mudah Racun Rumput Liar, Tabur Saja Garam Kasar Esoknya Dah Kering Mereput! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!