Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Netizen usah jadi hakim kritik keputusan mahkamah

NUZULSHAM SAMSUDDIN, WARTWAN EKSEKUTIF

BERMULA tahun 2022 hingga awal tahun ini, pelbagai kisah turun naik mahkamah melibatkan golongan ternama dilaporkan begitu meluas di media.

Tidak kira siapa mereka, sama ada pemimpin negara, artis atau pempengaruh media sosial, semua kes sudah dimuktamadkan mahkamah dan ada juga yang masih dalam perbicaraan.

Dalam kes terbaharu pada Khamis lalu, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab. Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebas­kan Shahrir, 73, selepas pendak­wa­an memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh dalam kes itu.

Namun, apa yang tidak sedap dibaca di media sosial selepas kes itu dilaporkan, bermulalah ‘perang’ netizen yang memberikan komen negatif menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah, seolah-olah mereka ‘hakim’ bijaksana.

Selain itu, kes yang masih dalam perbicaraan seperti Siti Bainun Ahd. Razali yang diperintah bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down Bella turut menjadi perdebatan.

Rata-ratanya ‘memerintahkan’ mahkamah terus menjatuhkan hukuman, sedangkan bicara bela diri wanita itu belum berakhir.

Selain kes Shahrir, antara kes yang dilepas dan dibebaskan ialah pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful apabila Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mei 2022 memutuskan untuk melepas dan membebaskanya daripada pertuduhan mencabul dan mela­kukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta, tiga tahun tahun lalu.

Mahkamah itu memutuskan Syed Shah Iqmal dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan selepas membenarkan permohonan pembelaan di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tata­cara Jenayah (CPC).

Bukan itu sahaja, hukuman yang dijatuhkan kepada Najib pada Ogos tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kes SRC International Sdn. Bhd. turut dijadikan bahan tidak puas hati.

Bagi peguam Muhammad Amin Abdullah, keputusan yang dibuat mahkamah adalah berdasarkan keterangan saksi-saksi dan keterangan lain yang dikemukakan di Mahkamah.

“Adalah menjadi tugas mah­kamah untuk membuat ­penilai­an maksimum akan ketera­ngan-keterangan ini pada perbicaraan sebelum membuat keputusan.

“Ini adalah kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu diteliti sebelum sesuatu keterangan itu boleh diterima di mahkamah.

“Perkara-perkara ini bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana ia memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang kukuh terhadap undang-undang yang terpakai seperti Kanun Tatacara Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan prinsip undang-undang yang lain,” katanya.

Ujarnya, jika sesuatu kes diputuskan sama ada dilepas atau disabitkan, ketidakpuasan hati ma­syarakat adalah perkara yang biasa kerana tatacara, prinsip undang-undang bukanlah mudah untuk difahami, namun ia bukan tiket untuk mereka menghentam mahkamah.

Katanya, meskipun seseorang itu mungkin kelihatan bijak akan sesuatu isu melalui pembacaannya, namun itu tidak menjamin pemahamannya terhadap prinsip undang-undang serta tatacara di mahkamah.

The post Netizen usah jadi hakim kritik keputusan mahkamah appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!