Cara Buat Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Lembut & Garing!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Roti canai adalah hidangan kegemaran ramai, tapi ramai yang fikir ia susah dibuat. Dengan resepi roti canai simple ini, anda boleh buat roti canai di rumah tanpa perlu menebar! Hasilnya tetap lembut di dalam dan garing di luar.
Resipi ini mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Dengan bahan-bahan ringkas dan langkah-langkah mudah, anda boleh menikmati roti canai homemade yang sedap. Jom cuba, pasti puas hati!
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
RESEPI ROTI CANAI SIMPLE
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum (sukat guna cawan yang biasa digunakan untuk mengukur air)
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 cawan air (gunakan air sejuk)
- Butter dan minyak untuk melumur doh
Cara-cara:
- Masukkan 4 cawan tepung gandum ke dalam sebuah bekas besar.
- Tambahkan 1 1/2 sudu teh garam, 2 sudu besar susu pekat manis dan 2 sudu besar minyak masak. Gaul bahan-bahan ini tanpa menggunakan air terlebih dahulu.
- Setelah bahan-bahan sebati, tambahkan 1 cawan air sedikit demi sedikit. Simpan baki 1 cawan air di tepi untuk digunakan jika perlu. Pastikan air yang digunakan adalah air sejuk.
- Gaul bahan-bahan menggunakan tangan dan uli doh selama lebih kurang setengah jam. Jika rasa air secawan tadi tidak mencukupi, tambah sedikit air lagi sehingga doh tidak melekat pada tangan dan menjadi licin.
- Rehatkan doh selama 15 minit dengan menutupnya menggunakan kain bersih.
- Selepas 15 minit, uli doh sekali lagi selama 20 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan elastik.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, kemudian lumurkan setiap bahagian dengan butter dan minyak. Pastikan bekas doh dilumur sedikit dengan minyak.
- Tutup bekas dan biarkan doh berehat selama sekurang-kurangnya 6 jam. Jika boleh, biarkan selama 8 jam untuk hasil yang lebih baik.
- Setelah itu, ambil doh dan tebarkan. (Jika tak pandai sangat tebar roti canai, gunakan dulang seperti yang dilakukan oleh orang dahulu).
Sumber: Syalfarina Razali
Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!
The post Cara Buat Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Lembut & Garing! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan