Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Imej
https://ift.tt/MGl1Ad9 Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini. Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini. Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba! Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin! RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU Bahan-bahan: Ayam Garam Serbuk kunyit Minyak masak Rempah kasar 4 sekawan Serai Daun pandan Daun kari Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa) Sos cili Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh) Madu Serbuk perasa Air secukupnya Bahan kisar: Cili kering (direbus) Bawang besar Bawang putih Halia Bahan hiasan: Daun bawang Daun sup Bawang besar (...

Darlene mohon maaf tutup operasi gerai air buah

KUALA TERENGGANU – Peminat air buah D’Flora yang menjadi pelanggan tetap sejak awal Ramadan lalu kehampaan apabila gerai tersebut telah menutup operasi sejak Sabtu lalu.

Tinjauan Kosmo! pada malam kelmarin mendapati, masih terdapat segelintir pelanggan singgah di tapak perniagaan gerai itu di Jalan Pasir Panjang, di sini yang telah dikosongkan.

Seorang pelayan gerai air buah terkenal itu yang dikenali sebagai Darlene Adrienne, 32, berkata, penutupan tersebut bagi memberi peluang kepadanya dan rakan sekerja untuk membuat persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

“Memang dalam perancangan asal, kita hanya mahu berniaga sementara di Jalan Pasir Panjang ini dalam tempoh dua minggu pertama Ramadan.

“Ini pun kita telah lanjutkan operasi perniagaan hingga ming­gu ketiga Ramadan berikutan permintaan ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Darlene memohon maaf tidak dapat menunaikan permintaan untuk meneruskan perniagaan sehingga akhir Ramadan.

Jelasnya, selain memerlukan rehat, dia dan rakan-rakannya yang terlalu sibuk berniaga se­belum ini juga mahu menumpukan pula kepada persiapan 1 Syawal.

“Selepas ini, kami hanya akan memberi tumpuan kepada Restoran D’Flora yang terletak di Kampung Saujana, Setiu.

“Operasi perniagaan air buah kami akan kembali dibuka di restoran itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Kosmo! pada 4 April lalu me­laporkan gerai air buah, D’Flora di Jalan Pasir Panjang pada Ramadan ini dipenuhi ramai pe­langgan terutama golongan lelaki untuk bermoreh selepas selesai solat sunat tarawih.

Sebelum ini, restoran air buah tersebut menjadi tular setelah Darlene mencetuskan kontro­versi apabila video adegan diri­nya dipeluk pelanggan lelaki tersebar di media sosial.

Rentetan isu tersebut, restoran berkenaan diserbu sepasukan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) pada Julai tahun lalu.

Insiden itu telah membuatkan Darlene insaf dan mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku serta le­bih berwas­pada dalam perilakunya.

The post Darlene mohon maaf tutup operasi gerai air buah appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!