Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pertama Kali Ke Bangkok? Guna Tips Naik Pengangkutan Awam Ini Supaya Mudah & Jimat!

Bagi anda yang sudah lama tidak melancong dan sedang mencari tempat untuk memulakan eksplorasi, salah satu lokasi yang menjadi pilihan adalah Bangkok,Thailand. Bukan sahaja padat dengan aktiviti dan makanan yang sedap, malah lokasi ini juga boleh diterokai secara solo jika anda ambil tahu tips travel ke Bangkok dengan teliti.

Malah, untuk anda yang pergi secara solo atau pertama kali sampai ke Bangkok, boleh guna sahaja pengangkutan awam yang sangat efisien supaya lebih jimat. Jom baca perkongsian tips di laman X ini supaya dapat memudahkan perjalanan anda di sana!

Baca juga: Siap Ada Kolam Renang & Pelbagai Kemudahan, Ini 7 Homestay Di Kedah Anda Boleh Menginap

TIPS TRAVEL KE BANGKOK PERTAMA KALI, GUNA ‘PUBLIC TRANSPORT’ MACAM INI MUDAH!

tips travel ke bangkok

Tips yang baru nak pergi Bangkok sendiri untuk pertama kali (pengangkutan):

1) Bangkok sesak di mana-mana sahaja. Padat dengan manusia tak kira orang lokal dan pelancong, banyak guna motor dan teksi. Download BOLT sebab lebih murah dari aplikasi lain.

2) Guna MRT dan BTS dekat setiap tempat kalau mampu. Jimat banyak.

3) Guna MRT dan BTS akan jadi sangat senang bila anda tahu line mana nak ambil. Setiap spot pelancong memang dekat dengan MRT dan BTS station. Google saja “nearest MRT/BTS to Chatuchak Market” sebagai contoh. Tiket selalunya kurang dari 50 baht berbanding motor 100 baht, malah sejuk aircond!

4) Semasa saya berada di sana selama 5 hari di Bangkok, total belanja dekat BOLT saja naik motor dekat 1000 baht. Sebab nak cepat je sebenarnya. Tapi kalau boleh naik MR/BTS memang akan naik.

5) Jangan naik tuktuk sebab pelancong akan kena ‘ketuk kaw kaw’ melainkan memang nak ambil pengalaman.

6) Dari satu tempat ke satu tempat dalah agak jauh. Nak cepat, naik motor. Nak cardio banyak, naik MRT/BTS. Untuk pengetahuan anda, Bangkok tengah panas sangat!

7) Jangan risau sebab kemudahan fasiliti di Bangkok sangat baik. Public transportation tepat masa ya tak ada delay-delay.

8) Tiket MRT/BTS boleh beli secara harian.

9) Kalau naik teksi, ambil yang bermeter. Kebanyakan driver motor dan kereta susah Bahasa Inggeris jasi pastikan mereka ambil dan drop point dengan TEPAT. Saya banyak kali tersalah, lepas tu nak bercakap macam anjing dengan kucing gong gong gong.

10) Tips keselamatan:

– Berjaga-jaga dengan penyeluk saku/pickpockets dekat station MRT/BTS

– Kalau naik motor, driver tak akan offer helmet tapi tolong minta nak pakai helmet untuk keselamatan diri sendiri walaupun saya tak pernah tengok ada kemalangan motor berlaku.

– Kadang-kadang motor/kereta yang dah dibook di aplikasi tak sama dengan yang datang.

tips travel ke bangkok

*Jadi, selamat bercuti dan bereksplorasi di Bangkok!

Baca juga: Tak Payah Cari Debu, Ini Cara Betul Tayamum Dalam Pesawat Dengan Mudah!

Sumber: X @JatIkhwan

The post Pertama Kali Ke Bangkok? Guna Tips Naik Pengangkutan Awam Ini Supaya Mudah & Jimat! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!