Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini

Imej
https://ift.tt/2NeTEQ3 Sesetengah orang mungkin tak selesa dengan masalah bau badan, khususnya bau peluh yang agak kuat dan sukar dihilangkan walaupun selepas mandi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba petua minum air limau kasturi madu ini. Selain masalah bau badan, ada juga yang hadapi cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami masalah sembelit, terutama bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Terdapat satu petua mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan pada setiap pagi untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Jom tengok cara membuatnya! Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU Bahan-bahan: 3 biji limau kasturi 2 sudu besar madu asli 1 cawan air suam panas Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut. 2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut...

Musim Panas Di Mekah, Jemaah Haji WAJIB ‘Selit’ Barang Ini Elak Alami Strok Haba

“Katanya sekarang musim panas di Mekah, kena bawa barang keperluan haji ikut cuaca panas elak alami strok haba..”

Haji merupakan salah satu dari rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan. Penerbangan pergi yang pertama telah diterbangkan pada 9 Mei 2024 yang lalu dan penerbangan pergi yang terakhir ialah pada 9 Jun 2024.

Baca juga: Checklist 32 Barang Yang Boleh Dibawa Ketika Tunaikan Haji, Tak Pening Nak Kemas Beg!

BARANG KEPERLUAN HAJI SEMASA MUSIM PANAS, WAJIB BAWA INI

Jadi, buat jemaah yang masih mempersiapkan barang keperluan, jangan lupa selit barang wajib ini untuk berdepan dengan cuaca panas di Arab Saudi!

barang keperluan haji

Barang wajib! Garam ORS.

Tempat paling berisiko untuk jemaah haji berhadapan dengan cuaca panas melampau adalah Mina dan Arafah iaitu semasa melontar jamrah kerana jarak perjalanan yang jauh. Selain itu, ketika melakukan tawaf dan saie terutama sekali waktu tengahari.

Sekiranya ada ahli keluarga yang bakal mengerjakan ibadah Haji atau Umrah ketika musim ini, pastikan jangan lupa bekalkan ORS untuk mereka.  ORS (Oral Rehydration Salt) adalah cara yang mudah dan selamat untuk mencegah masalah strok haba.

Apabila berpeluh terlalu banyak, garam akan keluar dari tubuh, apabila garam mula rendah kerana keluar dari badan, anda mula berasa lesu, pening, kaki dan perut mula rasa kejang. ORS ini dapat mengantikan garam dan air dengan pantas dan berkesan.

-Minum air ORS
-Gunakan payung berwarna cerah
-Cukup rehat dan tidur
-Semburan air (water mist)
-Elakkan terdedah kepada cahaya terlalu lama

Gejala strok haba yang boleh diperhatikan:

1.Air kencing warna pekat.

2.Suhu badan meningkat.

3.Pening dan pitam.

4.Kejang kaki dan perut.

5.Perubahan tingkahlaku.

6.Jantung berdegup pantas.

barang keperluan haji

Foto: RRI

*Semoga perjalanan ibadah Haji selamat dan mabrur. Aaamin!

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: Public Health

The post Musim Panas Di Mekah, Jemaah Haji WAJIB ‘Selit’ Barang Ini Elak Alami Strok Haba first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan