Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Lelaki Lumpuh Selepas Pulang Bercuti Di Bali

Lelaki Lumpuh Selepas Pulang Bercuti Di Bali

Malang nasib seorang lelaki United Kingdom (UK) yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila dia lumpuh dari muka ke bawah badan kerana dijangkiti penyakit autoimun jarang jumpa selepas pulang daripada percutian di Bali, Indonesia.

Independent UK melaporkan, ejen hartanah, Tom Pegg, 23, yang berasal dari Cheshire, UK itu, pada mulanya mengalami sakit perut, pada Jun lalu.

ia mungkin keadaan biasa bagi pelancong yang pulang daripada percutian.

Lima hari kemudian, simptomnya bertambah teruk dan matanya mula membengkak.

Pegg pergi ke hospital di sini, dan hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki dia mengalami alahan dan memberinya suntikan antihistamin.

Dua hari kemudian, rakan baiknya menghantar Pegg ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan kerana kedua-dua mata lelaki membengkak. Pegg juga sukar bernafas dan tidak boleh bercakap.

Dia kembali ke Hospital Al Qaassimi di sini, di mana dia disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barre. Ia keadaan yang mana sistem imun badan menyerang saraf seseorang.

Sementara itu kakak Pegg, Hollie, 28, seorang ahli terapi kecantikan, juga dari Cheshire berkata, keadaan Pegg sangat menakutkan.

“Saya tidak pernah mendengar penyakit itu dalam hidup saya. Dia berubah daripada seorang lelaki yang cergas, sihat, suka berseronok kepada lemah yang kelihatan seperti kanak-kanak.

“Ia adalah penyakit yang mengerikan yang berlaku begitu cepat dan secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Hollie, abangnya mengalami lumpuh dari bahagian muka ke bahagian bawah badan.

Pegg kini dalam pemulihan dan sedang belajar berjalan semula. Tetapi belum diketahui berapa lama masa akan diambil lelaki itu untuk pulih.-hmetro

The post Lelaki Lumpuh Selepas Pulang Bercuti Di Bali appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!