Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Hakim AS putuskan remaja 18 tahun boleh beli pistol

WASHINGTON – Seorang hakim mahkamah daerah mengisytiharkan bahawa undang-undang persekutuan yang melarang penjualan pistol oleh peniaga berle­sen kepada orang awam di bawah umur 21 tahun adalah tidak sah kerana menyalahi perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

Hakim Mahkamah Daerah Timur Virginia, Robert Payne sebaliknya berkata, individu berumur 18 tahun dan ke atas berhak untuk membeli pistol.

Beliau membuat keputusan itu dalam kes melibatkan empat pemuda berumur lebih 18 tahun tetapi kurang daripada 21 tahun yang mahu membeli pistol.

Undang-undang persekutuan AS melarang kedai senjata api berlesen daripada menjual pistol kepada individu bawah usia 21 tahun walaupun ibu bapa boleh membelinya untuk anak-anak mereka atau mereka boleh membelinya sendiri menerusi jualan persendirian atau semasa pa­meran senjata api.

Walaupun rakyat AS bawah usia 21 tahun tidak boleh membeli pistol daripada kedai senjata api, mereka tidak dilarang daripada membeli senapang atau senapang patah.

Dalam penghakiman beliau pada Rabu lepas, Payne yang memetik keputusan Mahkamah Agung AS berkata, ‘hak rakyat untuk membeli, menyimpan dan membawa senjata api tidak boleh dicabuli’.

Keputusan itu selaras dengan penghakiman Mahkamah Agung yang meluaskan pemilikan senjata api melalui Pindaan Kedua Perlembagaan AS baru-baru ini.

“Mahkamah ini (mahkamah daerah) mendapati bahawa hak membeli senjata api jelas tertera dalam teks Pindaan Kedua Perlembagaan Negara.

“Tiada mahkamah persekutuan ataupun Mahkamah Agung yang menentukan bahawa hak Pindaan Kedua hanya layak kepada mereka yang berusia 21 tahun (ke atas),” katanya.

Tegas Payne, had umur mengundi di AS ialah 18 tahun dan ia juga umur untuk pendaftaran dalam pengambilan tentera.

Hanya had usia untuk minum minuman keras ialah 21 tahun, manakala Kongres menaikkan umur pengambilan produk tembakau juga kepada 21 tahun, katanya.

Bagaimanapun, tidak seperti Pindaan Kedua, tegas Payne, ‘hak perlembagaan serupa tiada dalam perkara minum arak atau pengambilan tembakau’.

Dalam perkembangan berkaitan, organisasi pencegahan keganasan senjata api, Every Town mengecam keputusan hakim tersebut.

“Bukan sahaja senjata api menjadi punca utama kematian bagi kanak-kanak dan remaja AS, tetapi kajian menunjukkan kepada kita bahawa bilangan remaja berumur 18 hingga 20 tahun yang melakukan pembunuhan dengan menggunakan senjata api adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pesalah dewasa

berusia 21 tahun dan ke atas,” kata Pengarah Kanan Isu dan Rayuan di Everytown Law, Janet Carter dalam satu kenyataan.

“Keputusan mahkamah daerah berkenaan sudah pasti akan membahayakan nyawa. Ia perlu diubah,” kata Carter.

Kes tersebut berkemungkinan besar berakhir di Mahkamah Agung yang lebih condong ke haluan kanan selepas bekas pre­siden daripada Parti Republikan, Donald Trump menamakan tiga hakim mahkamah tersebut.

Perkembangan itu berlaku ketika AS bergelut dengan tragedi tembakan massa dan usaha Pre­siden Joe Biden memujuk Kongres supaya mengharamkan penjualan raifal separa automatik.

Tembakan massa merujuk kepada insiden senjata api yang mencederakan atau mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.

Pada 2021, lebih 47,000 orang maut akibat senjata api di AS termasuk kes bunuh diri, kata Arkib Keganasan Senjata Api. – AFP

The post Hakim AS putuskan remaja 18 tahun boleh beli pistol appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!