Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Dider4 sampai berbirat oleh ibu tiri


Dider4 sampai berbirat oleh ibu tiri

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat 11 kesan pukvlan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek. Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha," katanya

DUNGUN, TERENGGANU: Seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukvl ibu tirinya dalam kejadian pada Sabtu lalu gara-gara tidak memahami latihan yang diajar.

Seorang guru lelaki menyedari keadaan mangsa kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebaik diperiksa oleh guru, mereka terkejut kerana mendapati terdapat kesan lebam yang teruk dan luka pada beberapa bahagian badan murid berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat 11 kesan pukvlan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.

"Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Siasatan awal mendapati mangsa dir0tan dalam bilik solat di sebuah rumah akibat gagal memahami latihan yang diajar oleh suspek yang juga ibu tirinya.

Mangsa juga mengakui pernah dipukvl menggunakan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik hasil perkahwinan bapa mangsa dan arwah ibunya.

"Mangsa mempunyai seorang kakak berusia 15 tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Kejadian berlaku terhadap mangsa dilihat oleh kakaknya sementara ayahnya keluar bekerja sebagai pembantu kedai alatan pertukangan.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 30 tahun yang merupakan suri rumah kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.

Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod j3nayah dan suspek telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Dungun bermula Selasa hingga Jumaat.

"Polis telah mengeluarkan Borang Pol 59 kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Dungun.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!