Resepi Macaroni Cheese, Bahan Rahsia ‘Ini’ Buat Orang Makan Sampai Licin

Imej
https://ift.tt/CvKU8hr Mood hari ini nak masak makanan Western pula untuk keluarga, tapi tiada idea pula. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang mudah dan sedap ini. Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah sejenis hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK (United Kingdom). Orang Malaysia juga sukakan makanan Western seperti resepi Macaroni Cheese yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba! Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan RESEPI MACARONI CHEESE Bahan-bahan: 3 cawan macaroni Air secukupnya (untuk rebus macaroni) Sedikit minyak (untuk rebus macaroni) 3 keping cheese slice 1 cawan cheese powder 1 sudu parsley 3 cawan susu segar 1 sudu basil 1 sudu oregano Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, rebus macaroni dengan air dan minyak sampai kembang dan ketepikan terlebih dahulu. 2. Kemudian, masukkan susu sega...

Pemborong barang runcit gagal selenggara buku stok barang kawalan

SEREMBAN – Sebuah pemborong barang runcit di Nilai 3 di sini dikenakan tindakan setelah didapati gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan dalam operasi Ops Terjah oleh pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam operasi pada pukul 12.30 tengah hari itu, premis berkenaan didapati menawar dan membekalkan barangan kawalan seperti minyak masak, gula, dan tepung gandum untuk diedarkan kepada peruncit.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati, premis itu gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Para peniaga berlesen yang berurusan dengan barangan kawalan adalah wajib untuk menyelenggara buku stok barang kawalan dengan sempurna dan kegagalan melakukannya boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 13 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, dalam serbuan itu, sebanyak 3,768 kilogram (kg) minyak masak, 200 kg tepung gandum, 312 kg gula serta dokumen-dokumen berkaitan telah disita bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM12,234.80.

Beliau berkata, KPDN Negeri Sembilan komited dalam pemantauan berkaitan barangan keperluan asas pengguna terutamanya berkaitan barangan kawalan untuk mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran.

“Justeru, amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“KPDN Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pemborong barang runcit gagal selenggara buku stok barang kawalan appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!