Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Panduan Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Buat Kuih & Kek, Tak Pening Kepala Dah

Kalau nak buat kuih atau kek, lebih mudah sebenarnya jika menukarkan sukatan gram ke cawan. Hal ini kerana tidak perlu menggunakan peralatan lain seperti mesin penimbang.

Jadi, di bawah ini penulisan kongsikan sukatan gram ke cawan untuk panduan anda. Tak payah susah dan pening kepala dah. Senang sangat.

Baca juga: Ada Banyak Cara Nak Hilangkan Gatal & Miang Sayur Keladi, Confirm Tak ‘Menggaru’ Dah

SUKATAN GRAM KE CAWAN

Sukatanya adalah:

Sukatan tepung

125gm = 1 cawan
250gm = 2 cawan
90gm = 3/4 cawan
65gm = 1/2 cawan
45gm = 1/4 cawan
10gm = 2 sudu kecil
15gm = 2 sudu besar

Sukatan gula

250 gm = 1 cawan
500 gm = 2 cawan
190 gm = 3/4 cawan
125 gm = 1/2 cawan
80 gm = 1/4 cawan
10 gm = 1 sudu kecil
15 gm = 1 sudu besar

Sukatan cecair

250 ml = 1 cawan
180 ml = 3/4 cawan
125 ml = 1/2 cawan
50 ml = 1/4 cawan
1000 ml = 1 liter

Sukatan Marjerin/butter

250 gm = 1 cawan
190 gm = 3/4 cawan
125 gm = 1/2 cawan
80 gm = 1/4 cawan
15 gm = 1 sudu besar
10 gm = 1 sudu kecil

Tukaran oz ke gram

1 oz = 25 gm
9 oz = 250 gm
16oz (1 lb) = 450 gm
2 lb 4 oz = 1 kg

Tukaran oz ke ml

8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml

Bolehlah buat kek atau kuih banyak-banyak selepas ini. Semoga bermanfaat buat yang memerlukan.

Baca juga: Udang Kering Buat Sendiri Macam Ini Lebih Puas Hati, Confirm Bersih Dan Sedap!

Sumber: Facebook Yatie Zelani

The post Panduan Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Buat Kuih & Kek, Tak Pening Kepala Dah first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!