Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

4 Maut Selepas Minum Wain Beras Kedai Runcit

4 Maut Selepas Minum Wain Beras Kedai Runcit

Empat orang maut di wilayah Ratanakiri di timur laut Kemboja selepas meminum wain beras yang mengandungi kadar metanol yang tinggi, kata pegawai pada Selasa.

Insiden itu berlaku di sebuah kampung di Sre Angkrong daerah Kon Mom selepas mangsa, pekerja di sebuah syarikat ladang pisang, meminum wain beras yang dibeli dari kedai runcit, kata Gabenor Wilayah Ratanakiri, Nhem Sam Oeun.

“Menurut angka yang direkodkan Jabatan Kesihatan Wilayah Ratanakiri, empat lelaki disahkan meninggal dunia dan seorang dimasukkan ke hospital selepas meminum wain yang tercemar,” katanya kepada Xinhua.

Beliau berkata ujian yang dilakukan oleh pihak makmal mendapati kematian itu berpunca daripada paras metanol yang tinggi dalam wain.

“Keputusan ujian mengesahkan bahawa wain yang tercemar itu mengandungi paras metanol antara 8.21 dan 18.8 peratus, jauh lebih tinggi berbanding paras biasa 0.15 peratus,” kata Sam Oeun.

Seorang penjual wain beras tempatan telah disoal siasat berhubung kejadian itu, katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Ratanakiri, Ung Ratana, yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa mengalami gejala, seperti sakit perut, kerengsaan mata, muntah, kesukaran bernafas, pening dan keletihan.

Wain beras popular di kawasan luar bandar di negara Asia Tenggara kerana ia murah. Bulan lalu, wain beras bercampur metanol meragut nyawa seorang penduduk kampung dan menyebabkan 27 yang lain dimasukkan ke hospital di wilayah Pursat.-hmetro

The post 4 Maut Selepas Minum Wain Beras Kedai Runcit appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!