Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Imej
https://ift.tt/UYZzfej Resepi kuih kasturi merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ada juga yang memanggilnya kuih kacang hijau atau kuih rengas. Walaupun proses penyediaannya agak renyah, hasilnya pasti memuaskan. Kuih kasturi ini juga boleh disimpan sebagai stok beku dan digoreng pada bila-bila masa. Bagi sesiapa yang ingin cuba membuat sendiri kuih kacang hijau ini di rumah, ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Dea Noorfaizura  di bawah. Baca juga: Resipi Cara Berlauk Meriah Inti, Walau Sejuk Tetap Lembut & Sedap! RESEPI KUIH KASTURI KACANG HIJAU Bahan-bahan: 50gram kacang hijau Sehelai daun pandan 25gram gula merah 20gram gula pasir 30gram kelapa parut Sedikit garam 20gram tepung gandum Bahan bancuhan tepung goreng: 3 sb tepung gandum 3sb tepung beras 3sb tepung jagung ¼sk garam 1sb gula Sedikti serbuk kunyit 1sb majerin/butter 1sk air kapur Cara-cara: Masukkan kacang ke dalam periuk beserta a...

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

https://ift.tt/VYv0Get

resepi red velvet

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air tangan sendiri, bolehlah cuba resepi red velvet cupcake ini.

Ia sesuai juga dijadikan sebagai salah satu menu hiasan penyeri di meja hidangan pencuci mulut. Tampak manis dengan aneka manisan yang lain.

Ikuti perkongsian resipi daripada Nadia Sukiman di bawah ini dalam menghasilkan kek cawan red velvet yang gebu dan menarik ini. Jom kita cuba buat.

Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

RESEPI RED VELVET CUPCAKE

resepi red velvet

Bahan buttermilk:

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar cuka makan
    (Ketepikan)

Bahan kek:

  • 3 biji telur gred A/B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh emulco red velvet

Bahan cream cheese frosting:

  • 250g cream cheese
  • 200g buttercup (potong dadu butter/cream cheese selepas keluar dari peti sejuk)
  • 70-75g gula icing

Cara Penyediaan:

  1. Untuk membuat buttermilk, campurkan susu segar dengan cuka makan, kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan ovalette, tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan sedikit garam. Kacau rata.
  4. Tambahkan emulco red velvet dan buttermilk yang telah disediakan tadi. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah disediakan dan bakar pada suhu yang sesuai.
  6. Untuk frosting, pukul cream cheese bersama buttercup dan gula icing hingga sebati dan lembut.
  7. Pai frosting ke atas kek setelah ia sejuk. (Empunya guna nozzle Wilton 2D.)

Kredit: Nadia Sukiman

Baca juga: Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!

The post Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!