Penduduk Flat Pudu Impian cemas, terasa gegaran gempa bumi Sumatera Utara
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

KUALA LUMPUR – Penduduk di Flat Pudu Impian, dekat sini berdepan situasi cemas apabila merasai gegaran gempa bumi bermagnitud 6.2 yang terjadi di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 10.59 malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 malam.
“Pemanggil memaklumkan terasa gegaran di bangunan kediaman sebelum menggerakkan jentera untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketika ini pasukan sedang berada di lokasi dan maklumat lanjut akan menyusul.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – KOSMO! ONLINE.
The post Penduduk Flat Pudu Impian cemas, terasa gegaran gempa bumi Sumatera Utara appeared first on Kosmo Digital.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan