Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kandungan Logam Berbahaya Dalam Vape Jejas Perkembangan Otak Remaja

Kandungan Logam Dalam Vape Jejas Perkembangan Otak Remaja

Remaja yang kerap menghisap vape mendedahkan diri mereka kepada logam berbahaya seperti plumbum dan uranium, menurut dapatan satu kajian baharu yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS), lapor UPI.

Paras plumbum dalam air kencing adalah 40 peratus lebih tinggi dalam kalangan mereka yang menghisap vape secara berselang-seli, dan 30 peratus lebih tinggi dalam kalangan mereka yang vape secara kerap, berbanding individu berbuat demikian sekali-sekala.

Paras uranium dalam air kencing pula dua kali lebih tinggi dalam kalangan mereka yang menghisap vape secara kerap, lapor penyelidik dalam jurnal Kawalan Tembakau.

Pendedahan kepada jenis logam berat ini boleh membahayakan otak remaja yang sedang berkembang, mengakibatkan masalah pemikiran dan gangguan tingkah laku, kata penyelidik. Logam ini juga meningkatkan risiko masalah pernafasan, kanser dan penyakit jantung.

Baca: Rokok Elektronik Dan Peranti Vape Diharamkan Di Mexico

“Penggunaan e-rokok semasa remaja boleh meningkatkan kemungkinan pendedahan logam, yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan organ,” kata pasukan penyelidik yang diketuai oleh D. Hongying Dai, dekan penyelidikan bersekutu dengan Pusat Perubatan Universiti Nebraska di Omaha.

Logam berat seperti nikel, timah dan plumbum ditemukan dalam wap e-rokok sebelum ini, bersama-sama dengan banyak bahan kimia lain yang berpotensi berbahaya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Untuk kajian itu, penyelidik menganalisis data mengenai 200 remaja yang menghisap vape, yang diambil daripada kajian nasional yang sedang dijalankan. Sampel air kencing mereka diuji untuk kehadiran kadmium, plumbum dan uranium.-hmetro

The post Kandungan Logam Berbahaya Dalam Vape Jejas Perkembangan Otak Remaja appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!