Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Cara Kesan Lokasi Seseorang Guna Aplikasi Ini, Barulah Hati Tak Risau & Tenang

Menjengah ke laman Facebook milik Nurafyfah Yacob, beliau ada kongsikan cara kesan lokasi seseorang menggunakan satu aplikasi. Jelasnya, aplikasi tersebut sudah digunakan selama beberapa tahun untuk mengesan lokasi pasangan.

Sekiranya anda masih belum tahu, ikuti perkongsian penuh di bawah untuk menggunakan aplikasi tersebut. Barulah makin kurang risau bila dapat tengok lokasi orang tersayang. Betul tak?

Baca juga: Cara Aktifkan Amaran Gempa Bumi Di Telefon Anda, Berguna Sangat!

CARA KESAN LOKASI SESEORANG GUNA APLIKASI INI

CARA KESAN LOKASI SESEORANG

Berikutan kerap kali membaca banyak kes keluarga yang hilang tak dapat dikesan selepas pulang dari kerja. Jadi di sini saya share aplikasi saya dan suami gunakan hampir 5 tahun. 

Life360 ini berfungsi sebagai live location kita berada di luar selagi internet di telefon masih berfungsi. Walaupun bateri tinggal sikit, anda tetap akan mendapat notifikasi.

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda dapat meilhat destinasi yang dituju oleh pasangan dan kelajuan ketika mereka menggunakan kenderaan.

Lebih menarik lagi, lokasi rumah boleh disimpan dan apabila pasangan tiba di rumah, anda akan mendapat notifikasi. Selain itu, di aplikasi Life360 boleh juga menghantar mesej kepada pasangan.

Akhir sekali, cara kesan lokasi seseorang sudah tentunya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi Life360. Anda boleh melihat pergerakan pasangan di peta lokasi yang disediakan.

Memang berguna untuk langkah berjaga-jaga dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan risau terhadap ahli keluarga dan pasangan.

CARA MUAT TURUN LIFE360

1. Muat turun Life360 di telefon pintar anda.

2. Tekan ‘get started’ untuk membuat akaun. Jika sudah mempunyai akaun, tekan ‘log in’.

3. Ikut arahan yang disuruh untuk membuat akaun. Masukkan maklumat penting seperti nombor telefon, alamat e-mel, kata laluan dan gambar.

4. Pastikan anda membenarkan aplikasi Life360 untuk mengesan lokasi. Ini bertujuan agar lokasi dapat dikongsikan kepada keluarga atau pasangan.

Jangan lupa download ya! Semoga bermanfaat dan dijauhkan dengan benda-benda tidak elok.

Baca juga: Cara Check Email Dah Dibaca Oleh Penerima Ke Belum, Senang Je!

Sumber: Facebook Nurafyfah Yaacob

The post Cara Kesan Lokasi Seseorang Guna Aplikasi Ini, Barulah Hati Tak Risau & Tenang first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!