Minum Air Rebusan Ini Bantu Hilang Kebas Kaki & Tangan, Serta Info Simptom Penyakit!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Terdapat banyak faktor yang boleh mendorong berlakunya rasa kebas pada kaki dan tangan. Jadi, sekiranya anda sering mengalami kekurangan rasa akibat kekebasan, apa kata cuba petua hilang kebas kaki dan tangan yang dikongsikan oleh Puan Ana Mahabu.
Anda hanya perlu membuat air rebusan yang mengandungi empat ramuan mujarab popular yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu. Minum secawan sehari dan amalkan tiga kali dalam seminggu. Insha Allah, berkesan menghilangkan masalah kebas!
Baca juga: Selalu Ada Dalam Spageti, Rupanya Daun Lemuju (Oregano) Boleh Jadi Ubat Batuk!
PETUA HILANG KEBAS KAKI & TANGAN
Bahan menghilangkan kebas kaki dan tangan:
- Dua batang Serai
- Tiga ibu jari Halia (halia bara kalau ada)
- Dua sudu teh Halba
- Asam jawa
Cara membuatnya:
- Rebus serai dan halia (dihiris) serta halba dengan 1 liter air hingga mendidih.
- Angkat dan campur 1 sudu makan asam jawa.
- Kacau sebati, minum air rebusan ini ketika suam.
- Minum secawan, bakinya boleh disimpan dalam peti sejuk.
Panaskan bila hendak diminum. Amalkan petua ini seminggu 3 kali.\
Baca juga: Petua Turunkan Tekanan DARAH TINGGI, Hanya Guna Epal Hijau Je Sangat Mudah Resipinya!
SIMPTOM KEBAS-KEBAS

Gambar: Ana Mahabu
Berikut pula adalah simptom jika anda sering atau kerap rasa kebas pada kaki atau tangan:
- Kebas Tangan – Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
- Kebas tangan kiri dan lengan – Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
- Kebas kaki – Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
- Sakit tapak kaki – Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
- Sakit tumit kaki – Menunjukkan kelemahan fungsi alat sulit.
- Rasa panas di tapak kaki – Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!
Sumber: Ana Mahabu
FT Image: Ana Mahabu / freepik
The post Minum Air Rebusan Ini Bantu Hilang Kebas Kaki & Tangan, Serta Info Simptom Penyakit! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan