Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Ini Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Krismas, Elak Sesak

Sempena cuti Cuti Perayaan Krismas & Tahun Baharu bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, Lebuhraya PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Di bawah merupakan cadangan waktu untuk anda rancang perjalanan sebelum bergerak pulang ke kampung masing-masing. Pandu cermat, jiwa selamat.

Baca juga: Apa Perlu Buat Jika Anak Lemas? Ini 6 Langkah Kecemasan Mak Ayah Kena Tahu

INI CADANGAN WAKTU PERJALANAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN CUTI KRISMAS

TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.

Sekiranya perjalanan ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor bermula 23 Disember, anda disarankan untuk memulakan perjalanan sebelum jam 10.00 pagi. Manakala 12.00 tengahari – 4.00 petang untuk ke negeri lain. Perjalanan kembali ke Lembah Klang di sarankan bergerak sebelum jam 10.00 pagi untuk semua negeri.

Pelanggan lebuh raya turut disarankan menggunakan aplikasi yang lain seperti Waze dan Google Maps ketika perjalanan. Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya.

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

The post Ini Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Krismas, Elak Sesak first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!