Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pantau lokasi risiko bencana, jangan biar pisang berbuah dua kali

WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD

KEJADIAN tanah runtuh yang meragut sebanyak 31 nyawa di Batang Kali, Hulu Selangor pada Disember tahun lalu merupakan kejadian bencana alam di luar jangkaan.

Beberapa tragedi tanah runtuh yang berlaku pada tahun lalu seharusnya dijadikan iktibar khususnya pihak bertanggung jawab untuk terus merangka strategi dalam menangani isu tersebut di setiap negeri.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memantau kawasan berisiko tinggi bagi mengelak kejadian sama berulang. Ini berikutan berdasarkan pemerhatian penulis, masih terdapat orang ramai yang me­lakukan aktiviti riadah termasuk berkhemah di lokasi-lokasi berisiko.

Bagi pembeli rumah pula, mereka mungkin tiada pilihan lain dan terus mendiami biarpun berdepan risiko.

Oleh itu, pihak pemaju perumahan harus memainkan peranan dengan memilih lokasi tepat dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum merancang membangunkan perumahan.

Baru-baru ini, Jabatan Mi­neral dan Geosains Malaysia (JMG) dilaporkan telah mengenal pasti 122 lokasi cerun yang diklasifikasikan sebagai kritikal tahap tinggi dan berpotensi berlaku bencana tanah runtuh jika fenomena hujan lebat. Turut disenaraikan 26 lagi lokasi berisiko tanah runtuh di seluruh negara kecuali Perlis.

Bagi Pakar Alam Sekitar, Professor Dr. Ahmad Ismail, sekiranya terdapat kepentingan awam dan alam semula jadi seperti hidupan liar, laluan air atau kemungkinan bencana lain akan berlaku, maka penilaian semula status tanah dan kegunaannya mungkin perlu disemak semula.

Menurut beliau, pihak bertanggungjawab perlu merujuk semula kepada peraturan sedia ada dalam aspek kesesuaian kawasan serta kelulusan kegunaan tanah yang diberikan.

“Secara umum, sudah terdapat panduan pembangunan di kawasan hutan dan cerun.

“Peraturan sedia ada mestilah diikuti dan mungkin selepas berlakunya beberapa kes kebelaka­ngan ini seperti banjir dan perubahan cuaca, peraturan baharu yang lebih bersepadu dan lengkap perlu diadakan mengikut jenis guna tanah dan kawasan berkaitan.

“Peranan PBT dan agensi-agensi lain penting dalam memberikankan nasihat dari segi penggunaan tanah diperlukan,” katanya kepada Kosmo!.

Jelas Ahmad, bagi kawasan tapak perkhemahan di dalam hutan, aspek keselamatan perlu dititikberatkan oleh setiap orang memandangkan malapetaka tidak dapat dijangka.

“Keselamatan kawasan hutan untuk rekreasi dan perkhemahan bergantung kepada keadaan tempat dan jenis rekreasi. Pada umumnya, sudah ada panduan tempat sesuai untuk perkhemahan dan sebagainya.

“Semua kes persendirian yang digunakan untuk kegunaan awam mesti ada kelulusan yang memenuhi semua syarat agensi berkaitan. Selain itu, orang awam juga perlu memastikan kawasan tersebut mempunyai permit,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 16 Disem­ber lalu, seramai 31 mang­sa terkorban dalam tragedi ta­nah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm. Dalam kejadian itu, seramai 61 lagi mangsa terselamat.

Selain itu, pada 10 Mac tahun lalu, berlaku kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang yang menyaksikan empat mangsa maut, manakala seorang cedera selain 15 buah kediaman rosak.

The post Pantau lokasi risiko bencana, jangan biar pisang berbuah dua kali appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!