Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resipi Mi Goreng Basah Yang Pekat Elok, ‘Berlemoih’ Mulut Bila Makan!

https://ift.tt/MKabnRP

mee goreng resepi

Mee goreng resepi yang dikongsi ini memang tak akan mengecewakan! Setiap suapan pasti buat kita cakap ‘umphhh’ sebab sedap sangat!

Teksurnya yang pekat juga buat mulut ‘berlemuih’ bila makan. Walaupun mulut comot, tetap dapat habiskan 1 pinggan penuh.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom masak sekarang untuk makan petang atau malam. Pasti seluruh keluarga suka dan licin sekuali dibuatnya!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ‘Legend’ Macam Mak Buat, Masak Sekuali Pun Licin!

MEE GORENG RESEPI MUDAH DAN SEDAP

mee goreng resepi

Bahan-bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air):

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • ½ biji bawang merah besar
  • 1 paket kecil udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar

Bahan-bahan lain:

  • Mee kuning (Gardenia atau jenama lain)
  • Sedikit daging
  • 10 ekor udang (dikupas, kepala dan badan jangan buang, rebus kepala dan badan udang hingga berbuih, toskan air rebusan untuk digunakan dalam mee goreng)
  • 4 ekor sotong
  • Beberapa bebola ikan
  • 1 batang lobak merah (dipotong mengikut cita rasa)
  • Sawi atau daun kucai (pilihan)
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong)

Bahan sos dan perasa:

  • Karamel masakan
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • ½ kiub ayam
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bebola ikan, masak hingga sedikit garing. Masukkan daging, masak hingga daging masak.
  3. Masukkan udang dan sotong, kacau selama 5 minit hingga udang dan sotong masak.
  4. Masukkan lobak merah dan cili padi, masak seketika.
  5. Masukkan bahan perasa: karamel masakan, kicap manis, sos tiram, ½ kiub ayam, sos tomato, dan sos cili. Masak selama 10 minit hingga sedikit garing.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa (ingat, sos sudah mengandungi perasa).
  7. Masukkan air rebusan udang, masak hingga kuah sedikit pekat.
  8. Masukkan mee kuning, kacau rata hingga semua sos menyaluti mee.
  9. Jika terlalu kering, tambahkan lagi air rebusan udang. Jangan lupa untuk rasa kuah.
  10. Masukkan sawi dan tomato, kacau selama 5-7 minit.
  11. Hidangkan panas.

Nota:

  • Air rebusan kepala dan badan udang sangat penting untuk memberikan rasa yang sedap pada mee goreng
  • Jumlah garam dan gula perlu diubah mengikut cita rasa sendiri
  • Sekiranya karamel masakan tidak ada boleh digantikan dengan kicap pekat

Sumber: Threads Alia Nurdinie

Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Macam Makan Dekat Kedai!

The post Resipi Mi Goreng Basah Yang Pekat Elok, ‘Berlemoih’ Mulut Bila Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!