Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Resipi Ayam Masak Merah, Sambal Pekat Stail Kampung!

https://ift.tt/lpzb8Dq

resipi ayam masak merah

Resipi ayam masak merah ini merupakan warisan yang menjadi kegemaran ramai, terutama untuk hidangan istimewa atau acara keluarga.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan mudah tetapi menghasilkan sambal yang pekat dan kaya dengan rasa pedas, masam serta manis yang seimbang. Ayam yang disaluti sambal ini juga empuk dan tidak kering serta amat sesuai jika hanya meratah.

Jom tengok resipi lengkap yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah ini.

Baca juga: Cara Bersihkan Belut Dengan Betul, Hilang Segala Bau Hanyir Dan Lendir!

RESIPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:

  • ½ ekor ayam (sekitar 4-6 ketul)
  • ½ sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu kecil garam*
  • 2 sudu besar minyak masak*

Bahan Kisar:

  • 6 ulas bawang kecil atau 1½ labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10-15 tangkai cili kering (buang biji dan rebus dahulu)

Bahan Lain:

  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 labu bawang besar, dihiris (setengah bulat)
  • Sedikit hirisan daun sup atau daun bawang (untuk hiasan, pilihan)
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak atau sehingga masak sepenuhnya, mengikut selera anda. Untuk pilihan lebih sihat, ayam juga boleh dimasak dalam ‘air fryer’ pada suhu 200°C selama 20 minit.

3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk.

4. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Semasa menumis, tambahkan sedikit gula untuk membantu menaikkan warna merah sambal.

5. Ulang langkah menumis ini 3-5 kali dengan menambah sedikit air pada setiap kali ulangan, sehingga sambal cili cukup masak dan bertukar menjadi merah gelap yang pekat.

6. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sambal. Tambahkan sos cili, sos tomato, dan sedikit air asam jawa. Gaul hingga sebati.

7. Biarkan ayam meresap dalam sambal, kacau seketika. Jika sambal terlalu kering, boleh tambahkan sedikit air asam jawa atau air biasa untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

8. Masukkan hirisan bawang besar dan daun sup. Kacau rata dan biarkan bawang layu sedikit.

9. Ayam masak merah kini sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih atau nasi minyak!

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Cara Buat Bawang Goreng Rangup Setiap Masa, Ada Tips Yang Kena Ikut!

The post Resipi Ayam Masak Merah, Sambal Pekat Stail Kampung! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!