Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cuaca semakin baik, mangsa banjir Johor menurun kepada 42,638

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini menunjukkan sedikit pengurangan apabila terdapat seramai 42,638 mangsa yang ditempatkan di 155 pusat pusat pemindahan sementara (PPS), pada pukul 8 pagi, hari ini.

Jumlah mangsa banjir tersebut menunjukkan sedikit pengurangan berbanding malam semalam tadi iaitu seramai 42,770.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sejumlah 12,049 buah keluarga.

“Empat daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa kekal Batu Pahat dengan seramai 39,380 mangsa.

“Ini diikuti daerah Muar (1,457 mangsa); Tangkak (949 mangsa) dan Segamat (362 mangsa).

“Enam daerah lain yang sebelum ini turut terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah terlibat telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, jumlah mangsa yang maut akibat bencana banjir yang melanda negeri ini bermula 1 Mac lalu adalah seramai lima orang.

Menurut Azmi lagi, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan dikeluarkan di seluruh negeri ini membabitkan kesemua 10 daerah.

“Sementara itu, lima sungai di dua daerah masih diletakkan bawah kategori paras air berbahaya iaitu Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Senggarang.

“Dalam pada itu, 17 laluan dan susur di seluruh negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan antaranya Jalan Paloh, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Besar, Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Muar-Labis,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

The post Cuaca semakin baik, mangsa banjir Johor menurun kepada 42,638 appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!