Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Produk Yang Dah Diuji Secara Dermatologi & Anti-Jerawat Ini Viral Di Sosial Media, Kenapa Agaknya?

Rata-rata di media sosial sekarang kebanyakkan ahli dermatologi akan kongsikan produk-produk yang bagus dan sesuai untuk digunakan kepada para followers mereka.

Bukan itu je, nak dapatkan tips-tips penjagaan muka pun ada tau. Mereka ajar secara teliti pula tu!

Selain tips berguna mereka juga sering kongsikan rangkaian produk yang bagus untuk kulit macam rangkaian Eucerin ProACNE Solution.

Jom tengok beberapa video yang menerangkan dengan lebih lanjut mengenari produk ini!

Watch on TikTok

Watch on TikTok

Eucerin ProACNE Solution – dirumus khas untuk kulit berminyak & berjerawat dan diuji secara dermatologi!

Produk Eucerin ProACNE Solution dirumus dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan dalam mengurangkan jerawat dan bekas jerawat serta mencerahkan tona kulit dalam masa dua minggu*!

*Kajian klinikal, 25 wanita & lelaki dengan umur 23-39 tahun, tempoh dari Disember 2022 hingga Februari 2023 oleh Dr. Tanongkiet Tienthavorn, Bangkok, Thailand

Apa agaknya isi kandung Eucerin ProACNE Solution ni ya?  

Keyakinan Ahli dermatologi & pakar kulit terhadap rangkaian Eucerin ProACNE Solution meningkatkan lagi kredibiliti jenama tersebut

Kajian klinikal dan dermatologi menunjukkan bahawa rangkaian produk ini juga berkesan dalam dalam membantu mengurangkan jeragat dan cela. Disamping mengurangkan, mencegah, merawat dan meredakan gejala jerawat.

Ianya adalah kerana rangkaian produk Eucerin ProACNE Solution telah dirumus khas untuk melawan punca utama kulit berjerawat dan cela seperti keradangan mikro (punca kitaran jerawat), pengeluaran sebum berlebihan, hyperkeratosis (penebalan lapisan luar kulit yang membawa kepada bintik hitam dan bintik putih) dan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keradangan.

Tahukah korang jerawat bukan hanya masalah buat remaja?

Ramai beranggapan bahawa jerawat hanya berlaku semasa usia remaja, bagaimanapun ia sebenarnya boleh terjadi pada bila-bila masa termasuk di usia dewasa.

Malah, pakar menganggarkan bahawa sehingga 40% daripada orang dewasa yang berumur lebih dari 25 tahun mempunyai kulit berjerawat¹. Selain itu, lebih daripada 50% daripada mereka yang masih terjejas dek jerawat mengalami masalah bekas jerawat² yang boleh meninggalkan kesan sehingga lima tahun³

Disebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan, kulit yang berjerawat selalunya kelihatan berminyak dan berkilat. Kulit jenis ini biasanya lebih cenderung untuk berjeragat (comedone) serta berjerawat.

Pori-pori yang tersumbat oleh sebum dan kotoran akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang membawa kepada pembentukan jerawat, bintik hitam, bintik putih, papula, pustula, dan banyak lagi jenis jerawat di dada, bahu, belakang dan muka.

Disebabkan kulit kita berbeza-beza, jadi tindak balas terhadap faktor jerawat juga berbeza!

Masalah kulit biasanya boleh terjadi oleh kerana pelbagai sebab termasuk (tetapi tidak hanya berkaitan) hormon, penghasilan minyak berlebihan, faktor persekitaran, liang pori tersumbat dan genetik.

Ia juga mungkin disebabkan oleh gabungan beberapa faktor dan tidak terhad kepada satu sebab sahaja.

Sebab itu, penting untuk cari penyelesaian jerawat yang sesuai untuk anda kerana tiada satu penyelesaian sama yang sesuai untuk semua orang.

Cara paling berkesan adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar dermatologi atau dengan menggunakan produk khas untuk kulit berjerawat seperti rangkaian Eucerin ProACNE Solution

Ramai yang dah cuba rangkaian Eucerin ProACNE Solution – Ini pendapat mereka:

“Saya dah gunakan Eucerin ProACNE Solution untuk beberapa minggu. Setakat ini saya rasa ia sesuai dengan kulit sensitif saya yang mudah berjerawat. Sebagai seseorang yang sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang mudah berjerawat, saya rasa produk ini adalah produk yang berkesan untuk saya setakat ini. Ia membantu memudarkan kesan jerawat saya seawal dua minggu” — @dnaesy

Kredit foto: @dnaesy (Instagram)

“Korang ada masalah bekas jerawat? Bintik hitam? Hormon tak seimbang? Saya turut menghadapi masalah yang sama terutama sekali ketika saya sibuk dengan assignments dan macam-macam hal lain sehingga larut malam. Saya mula jadi bimbang dengan keadaan kulit saya, mujur ada rangkaian Eucerin ProACNE Solution yang dah membantu meningkatkan keyakinan saya dengan mengurangkan jerawat dan tanda jerawat dalam masa dua minggu sahaja!” — @ws_chia

 

Kredit foto: @ws_chia (Instagram)

“I’ve been struggling with acne skin issues due to stress. Discovered these Eucerin products when I know they offer money back guarantee and been trying the Eucerin ProACNE Solution for quite some time, it helps to reduce my acne and acne marks at its root!” — @yooooongxin

“Disebabkan stress kulit saya jadi mudah berjerawat. Saya dapat tahu mengenai Eucerin apabila mereka menawarkan jaminan wang dikembalikan dan cuba sendiri rangkaian Eucerin ProACNE Solution untuk tempoh yang agak lama, ia membantu mengurangkan jerawat dan tanda jerawat saya dari akarnya!” — @yooooongxin

Jom selesaikan masalah jerawat korang dengan rangkaian produk Eucerin ProACNE Solution!

Dah tak sabar nak ada kulit yang sihat dan bebas jerawat? Jom dapatkan rangkaian Eucerin ProACNE Solution di Watsons dan Guardian berhampiran korang ataupun beli je online di Shopee atau Lazada.

Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk Eucerin korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.

¹ Zouboulis CC. Acne vulgaris. Hautarzt. 2014 Aug;65(8):733-47
² Kaufman et al., Postinflammatory Hyperpigmentation: Epidemiology, Clinical Presentation, Pathogenesis and Treatment, Am J Clin Dermatol (2018) 19:489-503
³ Abad-Casintahan F et al., Frequency and characteristics of acne-related post-inflammatory hyperpigmentation. J Dermatol. 2016 Jul;43(7):826-8

 

The post Produk Yang Dah Diuji Secara Dermatologi & Anti-Jerawat Ini Viral Di Sosial Media, Kenapa Agaknya? first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!