Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

3,935 orang sertai kelas trampolin terbesar di dunia

BANDAR RAYA MEXICO – Bandar Raya Mexico berjaya memecah Guinness World Records apabila 3,935 peserta mengambil bahagian dalam  kelas kecergasan bermain trampolin selama 45 minit secara serentak, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Ketua pentadbiran Bandar Raya Mexico, Claudia Sheinbaum mengumumkan kejayaan mereka di laman Twitter dan berkata, acara itu berjaya memecah Guinness World Records kelas trampolin terbesar di dunia.

Acara tersebut diadakan di Plaza del Plinth, Ahad lalu.

Menurut penganjur, lebih 4,000 peserta melompat di atas trampolin ketika kelas tersebut bermula,  namun 130 daripada mereka hilang kelayakan.

Ia menjadikan jumlah akhir peserta adalah  seramai 3,935 orang.

Beberapa minggu sebelum­nya, para peserta perlu mendaftar untuk menyertai acara tersebut menerusi laman web rasmi Dewan Bandaraya Iztapalapa, di mana syarat yang ditentukan adalah mereka perlu berumur  antara 14 tahun hingga 60 tahun.

Peserta juga diwajibkan menyertai kelas tersebut dari mula hingga akhir, dengan tempoh masa selama 45 minit.

Cubaan untuk memecahkan  rekod dunia itu disaksikan wakil daripada  Guinness World Records. – Agensi 

The post 3,935 orang sertai kelas trampolin terbesar di dunia appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!